Monday, July 2, 2012

HADIS: Siapa Penghuni Syurga dan Siapakah Penghuni Neraka?



Iyadh Bin Himar al-Mujasyi menceritakan, suatu hari Rasulullah SAW berkata dalam khutbahnya,

"Penghuni syurga itu ada tiga jenis; pertama, orang yang memiliki kekuasaan, berbuat adil dan diberi taufik untuk bertindak mengikut hukum.

Keduanya, orang yang pengasih dam lembut hatinya terhadap setiap ahli keluarga dan orang Muslim.

Ketiganya, orang yang menjaga kehormatan diri, menghindari perkara keji, tidak mengeluh kerana kekurangan dan tidak meminta-minta.

Sedangkan penghuni neraka ada lima jenis. Orang lemah yang tidak mempunyai pemikiran, yang hanya menjadi pengikut di tengah kalian, tidak mencari nafkah dan tidak pula harta, penkhianat yang menampakkan ketamakan, yang berkhianat dalam urusan yang kecil sekali pun, orang yang setiap saat, pagi dan petang menipumu mengenai keluarga dan hartamu. Beliau juga menyebutkan kebakhilan atau kedustaan, orang yang suka memaki-maki dan orang yang berbuat keburukan."

(Direkodkan oleh Muslim)

 Inti Sari Khutbah
Penghuni Syurga:
  1. Pemimpin yang diberikan kuasa untuk memerintah lalu bersikap adil kepada rakyatnya. Kerana itu, dia juga diberikan petunjuk bagi melaksanakan urusannya mengikut peraturan Allah
  2. Orang yang melayan ahli keluarganya dangan sopan dan menyantuni mereka dengan kasih sayang. Dia juga berlemah-lembut terhadap rakan taulan, jiran tetangga dan mereka yang berada di sekelilingnya
  3. Orang yang mulia dan mempunyai harga diri yang tinggi. Dia memelihara dirinya dengan menghindari perbuatan yang keji dan hina. Dia juga reda dengan pemberiaan Allah dan tidak sesekali berkeluh kesah atas kekurangan yang ada
Penghuni Neraka:
  1. Orang yang lemah pemikirannya dan tidak suka berfikir. Dia mengabaikan anugerah akal yang diberikan kepadanya hingga gagal bertindak mengikut pertimbangan yang wajar. Sebaliknya dia hanya menurut kehendak dan perbuatan orang lain ibarat lalang ditiup angin
  2. Pemalas yang tidak mahu bekerja bagi mencari nafkah hidup dirinya serta keluarga. Sebaliknya dia lebih suka mengharapkan ihsan orang lain atau mencari jalan mendapat keuntungan dengan cara mudah. Golongan ini pasti gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada anak isteri, keluarga dan negara
  3. Pengkhianat yang tamak hingga sanggup menikam siapa sahaja dari belakang demi keuntungan sendiri. Mereka tidak hanya melakukan perbuatan khianat dalam urusan yang besar, tetapi melakukannya dalam setiap urusan tanpa mengira masa, tempat dan siapa yang menjadi mangsanya. Seolah-olah perbuatan khianat itu sudah sebati dengan darah daging mereka dan tidak mampu dipisahkan lagi. Golongan ini menjadi duri dalam daging kepada komuniti Islam hingga melumpuhkan kekuatannya
  4. Tangkai jering atau mereka yang sangat bakhil dengan harta dan kesenangan yang mereka peroleh. Seolah-olah semua yang mereka miliki itu diperoleh dengan tangan mereka sendiri. Kelompok seperti ini hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat Islam. Malah, mereka mungkin menjadi talam dua muka yang merosakkan umat
  5. Orang yang bermulut busuk kerana suka melontarkan kata-kata nista dan makian kepada orang lain.

Dipetik dari buku Khutbah Rasulullah: Wasiat Agung Buat Umat Tercinta susunan Rohidzir Rais.

Wednesday, June 27, 2012

HADIS: Jangan Jauhi Al-Quran walaupun Pemerintah Menjauhinya



Muaz Bin Jabal memberitahu bahawa dia pernah mendengar Rasulullah berkata:

"Terima pemberian sekiranya ia adalah hadiah. Tetapi sekiranya ia adalah sogokan bagi melepaskan hutang, jangan kamu menerimanya. Menolak rasuah seperti ini tidak akan menyebabkan kamu miskin atau papa. Ingatlah, roda kehidupan Islam itu sentiasa bergerak. Oleh itu, bergeraklah bersama al-Quran di mana sahaja dunia ini berputar. Ingatlah, al-Quran dan pemerintah sering berpisah, tetapi jangan kamu berpisah daripada al-Quran.

Ingat, akan muncul di kalangan kamu pemimpin-pemimpin yang membuat keputusan yang hanya menguntungkan mereka dan tidak menguntungkan kamu. Sekiranya kamu menderhakai mereka, pasti mereka membunuh kamu, dan sekiranya kamu mentaati mereka, kamu akan mereka sesatkan."

Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang harus kami lakukan ketika itu?"

Rasulullah SAW menjawab, "Lakukan apa yang pernah dilakukan oleh pengikut Nabi Isa, Putera Mariam. Mereka dibelah dengan gergaji dan disalib pada kayu. Kematian mereka adalah lebih baik daripada hidup dalam keadaan menderhakai Allah."

(Direkodkan oleh al-Tobari)


Intisari Khutbah
  • Boleh menerima hadiah yang diberikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan
  • Islam mengharamkan sogokan dan rasuah, dan mengecam penjenayah seperti ini
  • Rasulullah memberi jaminan bahawa seseorang itu tidak akan menjadi miskin keranan tidak menerima rasuah
  • Islam mencela pemberi dan penerima rasuah
  • Rasuah bukan jalan bagi mencapai kekayaan
  • Amalan rasuah yang berleluasa boleh melumpuhkan kekuatan sesebuah negara dan menjahanamkan rakyat
  • Al-Quran perlu dijadikan panduan dalam setiap aspek kehidupan
  • Ramai pemerintah dan pemimpin meninggalkan ajaran al-Quran kerana tidak memberikan keuntungan peribadi kepada mereka
  • Pemimpin yang jahat hanya memanipulasi beberapa ayat al-Quran bagi memenuhi keinginan mereka. Contohnya, rakyat diwajibkan membayar zakat, tetapi menolak pelaksanaan hukum jenayah Islam
  • Pemimpin yang jahat adalah mereka yang membuat keputusan yang menguntungkan diri sendiri walaupun ia merugikan rakyat
  • Pemimpin yang zalim akan menyakiti rakyat yang enggan tunduk kepada arahannya
  • Rakyat yang mengikut segala kejahatan dan kezaliman pemimpin mereka akan hidup dalam kesesatan
  • Rakyat yang dilarang daripada mentaati pemimpin yang zalim
  • Galakan memerangi pemimpin yang jahat dan menghentikan kezaliman mereka. Walaupun, dengan penentangan ini akan menyebabkan rakyat sengsara atau kehilangan nyawa
  • Kematian akibat memerangi pemimpin yang jahat adalah lebih baik daripada hidup bersama pemimpin yang kesesatan


Dipetik dari buku Khutbah Rasulullah: Wasiat Agung Buat Umat Tercinta susunan Rohidzir Rais.

Sunday, January 29, 2012

Logo 1Malaysia @ UiTM Pahang


Salam. Saya seorang yang pemalas. OK! Tu je nak cakap sebenarnya. Siap dah pun update blog yang bersarang ni... Bye!

***

Eh jap2...alang-alang nak masukkan sekali la gambar aktiviti yang aku terlibat baru-baru ni. Baru-baru ni UiTM Pahang Kampus Jengka ni mengadakan satu acara untuk memahatkan nama U ni dalam The Malaysia Book Of Record. Kitorang sume berjaya menghasilkan logo 1Malaysia menggunakan botol plastik air. Bukan botol plastik air mineral tu tapi botol macam yang kat pasar malam tu. Logo ni berukuran 100m x 38m dan telah pun disahkan oleh wakil dari The Malaysia Book Of Record tu. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya menjayakan aktiviti ni. Ceh, macam aku penganjur la plak kan. Padahal aku datang cat penutup botol tu sebab orang kata ada kena tandatangan la & untuk dimasukkan dalam aktiviti Kemahiran Insaniah. *Btol ke?* Lebih kurang macam terpaksa je la aku gi sebenarnya. Walau camne pun, rasa terpaksa tu hilang lepas tengok hasilnya bila dah siap. Rasa gembira & bangga pulak sebab walaupun sikit je sumbangan dalam aktiviti ni, sekurang-kurangnya ada la jugak kan. Sekali lagi tahniah kepada semua student UiTM dan pihak penganjur, MPP. *Pape pun, ombak yang korang buat masa majlis pelancaran pagi td mmg agak hambar la kan.Haha...*

Ni la hasilnya bila dah siap. 
*Utk gambar yang lebih menarik gie la cari kat memana, ni pun kawan aku curi dari fesbuk orang

Close up view penutup botol plastik yg dah siap dicat. Aku cat yg warna biru tuh!!

p/s: Amik kau! Banyak la pulak jadinya. Ingat nak update 1, 2 ayat je. Esok test entomology & assignment banyak lagi xsiap. Argh!! Dah dah, ciao. Salam.