Wednesday, June 27, 2012

HADIS: Jangan Jauhi Al-Quran walaupun Pemerintah Menjauhinya



Muaz Bin Jabal memberitahu bahawa dia pernah mendengar Rasulullah berkata:

"Terima pemberian sekiranya ia adalah hadiah. Tetapi sekiranya ia adalah sogokan bagi melepaskan hutang, jangan kamu menerimanya. Menolak rasuah seperti ini tidak akan menyebabkan kamu miskin atau papa. Ingatlah, roda kehidupan Islam itu sentiasa bergerak. Oleh itu, bergeraklah bersama al-Quran di mana sahaja dunia ini berputar. Ingatlah, al-Quran dan pemerintah sering berpisah, tetapi jangan kamu berpisah daripada al-Quran.

Ingat, akan muncul di kalangan kamu pemimpin-pemimpin yang membuat keputusan yang hanya menguntungkan mereka dan tidak menguntungkan kamu. Sekiranya kamu menderhakai mereka, pasti mereka membunuh kamu, dan sekiranya kamu mentaati mereka, kamu akan mereka sesatkan."

Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang harus kami lakukan ketika itu?"

Rasulullah SAW menjawab, "Lakukan apa yang pernah dilakukan oleh pengikut Nabi Isa, Putera Mariam. Mereka dibelah dengan gergaji dan disalib pada kayu. Kematian mereka adalah lebih baik daripada hidup dalam keadaan menderhakai Allah."

(Direkodkan oleh al-Tobari)


Intisari Khutbah
  • Boleh menerima hadiah yang diberikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan
  • Islam mengharamkan sogokan dan rasuah, dan mengecam penjenayah seperti ini
  • Rasulullah memberi jaminan bahawa seseorang itu tidak akan menjadi miskin keranan tidak menerima rasuah
  • Islam mencela pemberi dan penerima rasuah
  • Rasuah bukan jalan bagi mencapai kekayaan
  • Amalan rasuah yang berleluasa boleh melumpuhkan kekuatan sesebuah negara dan menjahanamkan rakyat
  • Al-Quran perlu dijadikan panduan dalam setiap aspek kehidupan
  • Ramai pemerintah dan pemimpin meninggalkan ajaran al-Quran kerana tidak memberikan keuntungan peribadi kepada mereka
  • Pemimpin yang jahat hanya memanipulasi beberapa ayat al-Quran bagi memenuhi keinginan mereka. Contohnya, rakyat diwajibkan membayar zakat, tetapi menolak pelaksanaan hukum jenayah Islam
  • Pemimpin yang jahat adalah mereka yang membuat keputusan yang menguntungkan diri sendiri walaupun ia merugikan rakyat
  • Pemimpin yang zalim akan menyakiti rakyat yang enggan tunduk kepada arahannya
  • Rakyat yang mengikut segala kejahatan dan kezaliman pemimpin mereka akan hidup dalam kesesatan
  • Rakyat yang dilarang daripada mentaati pemimpin yang zalim
  • Galakan memerangi pemimpin yang jahat dan menghentikan kezaliman mereka. Walaupun, dengan penentangan ini akan menyebabkan rakyat sengsara atau kehilangan nyawa
  • Kematian akibat memerangi pemimpin yang jahat adalah lebih baik daripada hidup bersama pemimpin yang kesesatan


Dipetik dari buku Khutbah Rasulullah: Wasiat Agung Buat Umat Tercinta susunan Rohidzir Rais.

1 comment:

Anonymous said...

I visited multiple web sites except the audio feature for audio songs existing at this site
is actually excellent.

Also visit my web-site; sian