Salam.
Mesti korang pernah dengar lagu yang kat atas tu tyme kecik-kecik dulu kan? Alaa..lagu tema abang jual ais krim tu. Tapi lagu dye takde la camni sbb versi ni kengkawan aku yang reka. Tyme dengar lagu ni je, cepat-cepat gie kat mak mintak duit sebab nak beli paddle pop. Kecik-kecik dulu la. Ape kejadahnya besar-besar ni nak mintak duit beli ais krim kat mak lagi kan..Nak penampor? Tapi sekarang rasa rindu la pulak sebab lama tak dengar lagu ni. Ntah wujud lagi ke tak abang yang jual ais krim paddle pop yang bawak motor petang-petang kat taman camni..
Tapi aku bukan nak cakap tentang peluang kerjaya sebagai seorang penjual ais krim. Emm..penah tak korang makan ais krim? Mesti la penah kan.. Bayangkan korang dapat makan ais krim time cuaca panas. Slurpp.. *ugh, meleleh plak air liur ni* Dalam tengah korang syok-syok menikmati saat-saat indah bersama ais krim korang, dengan tak semena-mena otak korang rasa sakit or 'tergezut' dengan tetibe. OMK! Sakit gile kan..
Dalam bahasa inggeris keadaan ni dipanggil 'ice-cream headache' atau 'brain freeze'. Dalam bahasa kampungnya, err..ntah la. Aku bila kena, aku mencarut je. Memang dah takde panggilan dah tyme tu. Yang pasti kepala memang sakit gile la kan. Keadaan ni biasanya terjadi bila kita makan sesuatu yang sejuk dalam keadaan terburu-buru dan laju-macam-esok-dah-takde-dah. Tak kira la apa yang kita makan tu ais krim atau slurpee 7E atau ais kosong yang dibeli di dewan makan UiTM yang mahal sekalipun, yang pasti apa sahaja benda sejuk yang kita masukkan ke dalam sebuah lubang yang dipanggil mulut.
Berdasarkan apa yang aku baca dan faham, keadaan ni berlaku disebabkan oleh pengecutan dan pengembangan pembuluh darah secara tiba-tiba. Bila makanan sejuk dimasukkan ke dalam mulut, pembuluh darah ni akan mengecut. Selepas beberapa ketika, ia akan kembali normal dan mengembang. Pengembangan pembuluh darah secara tiba-tiba inilah yang akan menyebabkan kesakitan di kepala. Biasanya, sakit ni bertahan selama 10-20 saat. Kadang-kadang, mungkin lebih dari seminit. Walau camnepun, keadaan ni tak berbahaya dan tak membawa maut. So tak perlu la risau. Tapi tu la kan, rasa sakit macam nak mati je. Kalau boleh nak potong je kepala bagi hilang rasa sakit tu.
Ada banyak kaedah dan cara mengatasi masalah ni. Antaranya:
- Paling simple, jangan makan makanan/minuman yang sejuk dengan kadar yang laju. Bak kata pepatah inggeris, slow and steady wins the race.
- Panaskan lelangit mulut menggunakan lidah atau bawah lidah. Sebab bahagian bawah lidah lagi panas dari bahagian atas.
- Minum air yang tak sejuk dan tak jugak panas (suhu bilik)
- Elakkan mengambil makanan sejuk dalam jumlah yang banyak dan besar dalam satu-satu masa. Makan la sikit-sikit
- Elakkan menyentuh makanan sejuk pada lelangit dalam mulut
- Tutup hidung dan muka dan kemudian bernafas. Ini dapat meningkatkan suhu di muka
- Lagi senang, tak payah la makan makanan yang sejuk. Tadaa..kan senang!
Bagi sesape yang tak pernah alami brain freeze ni, ape kata korang gie kedai beli ais krim. Then, makan ais krim tu cepat-cepat. Tengok la best ke tak brain freeze ni. Kalau tak best, jangan salahkan aku...
1 comment:
satu lagik rasa nak cabut kepala bile tergigit lidah! haha
Post a Comment