Saturday, June 11, 2011

Paddle Pop, Paddle Pop.. Menghabiskan Duit Mak Bapak



Salam.

Mesti korang pernah dengar lagu yang kat atas tu tyme kecik-kecik dulu kan? Alaa..lagu tema abang jual ais krim tu. Tapi lagu dye takde la camni sbb versi ni kengkawan aku yang reka. Tyme dengar lagu ni je, cepat-cepat gie kat mak mintak duit sebab nak beli paddle pop. Kecik-kecik dulu la. Ape kejadahnya besar-besar ni nak mintak duit beli ais krim kat mak lagi kan..Nak penampor? Tapi sekarang rasa rindu la pulak sebab lama tak dengar lagu ni. Ntah wujud lagi ke tak abang yang jual ais krim paddle pop yang bawak motor petang-petang kat taman camni..

Tapi aku bukan nak cakap tentang peluang kerjaya sebagai seorang penjual ais krim. Emm..penah tak korang makan ais krim? Mesti la penah kan.. Bayangkan korang dapat makan ais krim time cuaca panas. Slurpp.. *ugh, meleleh plak air liur ni* Dalam tengah korang syok-syok menikmati saat-saat indah bersama ais krim korang, dengan tak semena-mena otak korang rasa sakit or 'tergezut' dengan tetibe. OMK! Sakit gile kan..



Dalam bahasa inggeris keadaan ni dipanggil 'ice-cream headache' atau 'brain freeze'. Dalam bahasa kampungnya, err..ntah la. Aku bila kena, aku mencarut je. Memang dah takde panggilan dah tyme tu. Yang pasti  kepala memang sakit gile la kan. Keadaan ni biasanya terjadi bila kita makan sesuatu yang sejuk dalam keadaan terburu-buru dan laju-macam-esok-dah-takde-dah. Tak kira la apa yang kita makan tu ais krim atau slurpee 7E atau ais kosong yang dibeli di dewan makan UiTM yang mahal sekalipun, yang pasti apa sahaja benda sejuk yang kita masukkan ke dalam sebuah lubang yang dipanggil mulut.

Berdasarkan apa yang aku baca dan faham, keadaan ni berlaku disebabkan oleh pengecutan dan pengembangan pembuluh darah secara tiba-tiba. Bila makanan sejuk dimasukkan ke dalam mulut, pembuluh darah ni akan mengecut. Selepas beberapa ketika, ia akan kembali normal dan mengembang. Pengembangan pembuluh darah secara tiba-tiba inilah yang akan menyebabkan kesakitan di kepala. Biasanya, sakit ni bertahan selama 10-20 saat. Kadang-kadang, mungkin lebih dari seminit. Walau camnepun, keadaan ni tak berbahaya dan tak membawa maut. So tak perlu la risau. Tapi tu la kan, rasa sakit macam nak mati je. Kalau boleh nak potong je kepala bagi hilang rasa sakit tu.

Ada banyak kaedah dan cara mengatasi masalah ni. Antaranya:
- Paling simple, jangan makan makanan/minuman yang sejuk dengan kadar yang laju. Bak kata pepatah inggeris, slow and steady wins the race.
- Panaskan lelangit mulut menggunakan lidah atau bawah lidah. Sebab bahagian bawah lidah lagi panas dari bahagian atas.
- Minum air yang tak sejuk dan tak jugak panas (suhu bilik)
- Elakkan mengambil makanan sejuk dalam jumlah yang banyak dan besar dalam satu-satu masa. Makan la sikit-sikit
- Elakkan menyentuh makanan sejuk pada lelangit dalam mulut
- Tutup hidung dan muka dan kemudian bernafas. Ini dapat meningkatkan suhu di muka
- Lagi senang, tak payah la makan makanan yang sejuk. Tadaa..kan senang!

Bagi sesape yang tak pernah alami brain freeze ni, ape kata korang gie kedai beli ais krim. Then, makan ais krim tu cepat-cepat. Tengok la best ke tak brain freeze ni. Kalau tak best, jangan salahkan aku...


Tuesday, May 31, 2011

Semua Yang Aku Blaja Tyme HKR113


Salam. Rasanye dah lama dah aku ingat nak tulis mende ni tapi lepas tangguh-tangguh, sampai bile pon x post. So sekarang aku nak post semua yang aku dapat dari kelas koko aku sem lepas, Pengurusan Institusi Masjid (HKR113). Maklum la, sem ni pon dah start. Nak tangguh lagi cam malas plak sebab sem ni pon masuk kelab yang jenis camni gak. Sem ni masuk Institusi Keluarga. Semua ni Qayyum punye pasal la, sangap sangat nak kawen agaknya. Haha.. Aku pon layan la, ingat memula nak masuk kelab sukan tapi setiap petang pon boleh gie bersukan kan.. So masuk la kelab yang jenis-jenis informative camni. Sambil tu boleh gak cari jodoh.Wakaka..

So, post ni akan jadi agak panjang la jugak. Sabar je la baca. Basically, semua yang aku tulis ni nota yang aku buat ustaz kitorang tengah bagi lecture tyme kelas tu. Untuk pengetahuan, ustaz kitorang nama Ustaz Wan Azmi berkelulusan dari luar negara, al-Azhar kot and dye pon ada phd. Tak semua aku take note sebab aku biasa buat nota tentang apa yang aku tak tahu je or apa yang aku rasa penting dan menarik dan untuk bagi peringatan untuk diri aku. Semua ni dalam bentuk random point dan mungkin akan nampak serabut gak. Kalau ada pape yang tak lengkap or hal yang kurang dijelaskan dengan agak mendalam, aku mintak maaf awal-awal la. Aku bukannya ada ilmu sangat pon bab-bab agama  ni. Ada orang pernah cakap, baik kita post tentang sesuatu yang kita betul-betul tahu. Tapi aku just nak berkongsi je la apa yang aku dapat. Kalau nak penerangan yang lebih dalam, korang tanya la sesape yang lebih arif. *sengal la ko mus, intro pon dah panjang*


AZAN DAN IQAMAT
- Warak (definisi) : orang yang menjauhi perkara yang haram & syubhah
- Biasa lepas maghrib ada ceramah sampai masuk waktu isyak. Kalau ceramah tu tak berhenti tyme isyak dan dah lama melepasi waktu isyak (cthnya dah 20 minit lepas waktu isyak), cukup sekadar iqamat je. Sebab dah ada jemaah dalam masjid. Kalau azan, mungkin akan kelirukan orang ramai. Contohnya, mungkin ada orang tua yang akan ingat baru masuk waktu isyak sedangkan dah masuk lama dah. Dan dye dah pon solat isyak kat rumah dye waktu isyak yang betul-betul tadi. Kalau dye dengar azan, kang tak pasal-pasal dye solat lagi skali plak. Orang tua kan..
- Tujuan azan = seruan untuk orang datang masjid. Tujuan iqamat = satu zikir untuk mengajak orang dirikan solat
- Kalau 3 kali tinggal solat Jumaat, hati akan tertutup dari terima hidayah Allah.
- Untuk solat, kita boleh agak-agak arah kiblat tapi kita MESTI  pasti/yakin waktu solat dah masuk.
- Mumaiyiz = boleh beza antara yang baik dan buruk, antara yang bersih dan kotor
- Bagi muazzin, disunatkan untuk menutup kedua-dua telinga dengan jari ketika azan. Ini adalah psikologi, sebab bila kita menutup telinga, suara kita akan kedengaran perlahan dan akan menyebabkan  kita meninggikan lagi suara. Hasilnya, azan jadi lebih kuat dan lagi ramai orang boleh dengar.
- Disunatkan azan ke telinga orang atau haiwan yang jahat
- Sebetulnya, disunatkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi - lelaki or perempuan - yang baru lahir. Pastu baca pelindung, ayat Qursi dan 3 Qul di depan bayi. *azan bagi bayi lelaki dan iqamat bagi bayi perempuan adalah satu tanggapan yang salah dan biasa diamalkan oleh kita orang melayu

SOLAT
- Perempuan tak boleh cukur rambut dan pakai rambut palsu. 
- Pakai minyak wangi hanya sekadar dan jangn berlebih-lebihan.
- Lelaki tidak digalakkan solat di rumah, seeloknya solat di masjid sekalipun bagi suami yang nak solat bersama isteri dan anak di rumah. Bagi lelaki yang baru kahwin, cukup sekadar solat dengan isteri di rumah selama seminggu pastu boleh la start solat berjemaah di masjid.
- Lagi besar jemaah, lagi besar ganjaran dan pahala yang diterima. Kalau solat di masjid, pahala akan diberi sama rata. Bukan semua orang dapat solat dengan sempurna bacaan, rukun, khusyuk etc. So, kelebihannya solat jemaah ni, kita akan dapat pahala sama macam orang yang sempurna solatnya sekalipun kita punya solat tak sempurna.
- Tidak sah solat seseorang kalau tidak ikut perbuatan imam. Kalau imam salah, kena tegur imam. Cara menegur imam adalah dengan membaca subhanallah dengan meniatkan bacaan itu sebagai satu zikir.
- Syarat-syarat jadi imam ada tujuh:
1- Alim (berilmu) 
2- Tua 
3- Warak (soleh) 
4-  Bacaan baik 
5- Tempatan (penduduk tetap sesuatu kampung tu) 
6- Disukai oleh orang lain 
7- Akil baligh.
Syarat imam yang paling utama ialah bacaan yang baik. Kalau semua orang bacaannya baik, pilih orang yang warak dan soleh. Kalau semua sama warak (w/pun kita tak boleh nak agak tahap warak ni), pilih orang yang lebih alim. Kalau semua orang sama alim, pilih yang paling tua. Kalau semua sama tua, pilih yang paling disukai. Pape pon, bacaan yang baik adalah yang paling utama dan paling penting berbanding yang lain.
- Makmum kena tepuk bahu imam SELEPAS angkat takbir. Bukan tepuk sebelum takbir.
- Kalau makmum tepuk bahu imam, imam kena automatically berniat dalam hati untuk jadi imam. Kalau makmum tepuk TAPI imam tak tukar niat untuk jadi imam, imam tersebut tidak dapat pahala menjadi imam. Makmum tu saja dapat pahala sebagai makmum.
- Makmum tidak boleh lambat 2 rukun yang panjang dari imam. Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Rukun pendek pula seperti iktidal.
Situasi: Makmum lambat 1 or 2 rukun dari imam. Imam dah rukuk, iktidal dan sujud padahal makmum belum lagi rukuk. So, makmum kena cepat-cepat rukuk SEBELUM imam duduk antara dua sujud. Kalau tak rukuk jugak, solat makmum tu terbatal sebab dye dikira tidak mengikut perbuatan imam. (kalau tak silap aku batal la kan? ke tak sah? kalau salah betulkan aku..) 
- Adab baca al-Fatihah. Kena baca Auzubillah pada al-Fatihah di rakaat pertama. Untuk rakaat seterusnya takpe kalau tak baca.


MASBUK
- Pengertian: orang yang tak sempat baca al-Fatihah bersama imam pada rakaat pertama.
- Had masbuk.
Situasi (Sembahyang Fardhu): Si A datang lambat ke masjid. Dye terus ambik wudhuk pastu segera masuk saf. Tapi imam pada waktu tu dah rukuk. Si A ni boleh mengangkat takbir dan terus rukuk. Kalau A ni sempat baca bacaan rukuk tu ataupun sekadar sempat baca subhanallah, rakaat si A ni dikira dapat or diterima. Maknanya, si A tak payah la tambah rakaat. Kalau tak sempat baca subhanallah, kena tambah rakaat.
Situasi (Sembahyang Jumaat): Si A sempat baca subhanallah pada rukuk pertama. Maka rakaat tu diterima dan tak payah tambah. Tapi kalau si A tak sempat baca subhanallah, si A kena tambah 1 rakaat. Kalau si A ni tak sempat baca subhanallah pada rakaat kedua dan masuk contohnya ketika imam tangah tahiyat akhir, si A kena tambah 4 rakaat (dikira solat Zohor).
- Kalau kita datang lambat dan saf hadapan dah penuh, kita kena bukak saf baru. Kita kena duduk betul-betul di belakang imam. Kalau kita seorang je di saf baru tu, kita boleh panggil orang di depan dengan menepuk bahunya. Kalau tepuk sekali, orang tu tak undur-undur jugak, kita boleh biarkan je dan sembahyang la sensorang di saf baru tu (w/pon tak berapa elok sembahyang sensorang). Tak perlu la tepuk 2 or 3 kali memanggil orang di depan tu, takut mengganggu tumpuan dye dalam solat plak.
- Penuhkan saf dengan duduk di bahagian kanan saf dulu. Bahagian kanan dapat lebih pahala. Tapi jangan semua yang lambat duduk di saf kanan saja dan biarkan saf kiri kosong. Sebaiknya seimbangkan saf di bahagian kanan dan juga kiri.

ADAB-ADAB DI MASJID & MACAM-MACAM LAGI
- Kalau kita lambat dan nak cepat supaya dapat rakaat pertama bersama imam, tak perlu la tergesa-gesa. Jangan berlari-lari dalam masjid. Kalau tak dapat rakaat pertama, tambah je rakaat
- 1 huruf yang dibaca dalam solat akan dapat 100 pahala. 1 huruf yang dibaca di luar solat akan mendapat 1 or diganda menjadi 10.
- Jangan bawa benda busuk masuk ke dalam masjid. Contohnya baju busuk, seluar busuk dan mulut busuk. Rasulullah pernah suruh jemaah yang tak bersih dan tak mandi untuk balik ke rumah dan bersihkan diri dulu kemudian baru datang semula ke masjid.
- Di akhirat kelak, kita hanya akan dihisab jika amalan buruk kita lebih banyak/berat
- Apabila 2 orang bersalaman, dosa akan jatuh dari celah-celah jari
- Solat tahiyyatul masjid dikerjakan secara ringkas untuk meminta izin Allah untuk masuk ke masjid
- Mendengar kuliah atau khutbah lebih bagus dari mengerjakan solat sunat. Kalau kita masuk ke masjid dan ketika itu imam sedang berkhutbah, kita digalakkan untuk duduk mendengar khutbah. Kita boleh bertasbih sebanyak 3 kali untuk menggantikan solat tahiyyatul masjid.
- Nabi cakap, orang yang melintas di hadapan orang yang tengah solat, tidak akan diterima amalan orang yang melintas tu sebanyak 40. Tak dinyatakan 40 apa. Nabi pon tak tau 40 apa. So, hati-hatilah, mungkin 40 hari, mungkin 40 kali kali solat atau 40 tahun nyer amalan. Orang yang solat tu pulak, pilih la tempat yang tak menghalang laluan orang lalu-lalang.
- Sekiranya kita nak tinggalkan masjid, berilah salam kepada orang masih berada di dalam masjid
- Sesuatu amalan baik yang dikerjakan di masjid akan mendapat ganjaran yang berganda-ganda jika dikerjakan di masjid. Sama juga macam pahala, dosa akan jadi berganda-ganda banyaknya kalau kita buat sesuatu yang tak baik di masjid.
- Ada hadis nabi cakap supaya meninggalkan warna merah dan pink untuk orang perempuan sahaja
- TAKDE hadis nabi yang cakap syurga isteri berada di bawah tapak kaki suami. Tapi isteri boleh masuk syurga kalau dapat redha suami dengan menurut perintah suami selagi tidak melanggar syarak.
- TAKDE JUGAK hadis yang cakap 1 golongan dari 71 umat nabi Musa yang layak masuk syurga, 1 golongan dari 72 umat nabi Isa masuk syurga, dan 1 golongan dari 73 umat nabi Muhammad dapat masuk syurga. Ustaz aku cakap hadis ni tak sahih. Sama gak macam hadis syurga isteri bawah tapak kaki suami tu.
- Jangan minum ais selepas makan makanan berat seperti nasi. Sebab nanti ia boleh memerangkap lemak di dalam badan. So kalau nak minum gak minuman yang sejuk/berais, minum lama sikit selepas makan.
- Kalau nak pilih calon suami/isteri, pilihlah berdasarkan paras rupa dulu kemudian barulah agama. Nabi cakap orang yang cantik ialah orang yang apabila kamu lihat mukanya, kamu rasa seronok dan sejuk hati. Itulah cantik. Pastu barulah tanya tentang harta, keturunan. Akhir sekali barulah ditanya tentang agamanya kerana agamalah faktor utama dalam pemilihan calon. Kalau tidak sembahyang, tak payahlah terima. Agama ialah kata putus. Soalan last (agama) itulah menentukan keputusan kita.


Fuhh..sakit tangan aku menaip. Sakit lagi bijik mata korang yang membaca..haha  Kalau ada pape salah, tolong la betulkan aku. Aku tulis berdasarkan apa yang aku dapat je. Aku pon bukannya pandai sangat. Sekadar nak berkongsi. Sekian..


Saturday, May 14, 2011

Nanti Tu Bila, Mus?

(Sesi ceramah last sebelum balik cuti sem kat bilik aku berlangsung...)

Ustaz: Moga-moga anta berubah la Mus. Ana doakan.. Ana tau anta boleh
Mus: Yela ustaz..nanti la saya berubah. Saya tau saya ni pon dah tua, dah layak mengundi pon.. *tetibe*
Ustaz: Hah, anta dah daftar ke jadi pengundi?
Mus: Tak lagi.. Malas la ustaz, bukan saya gie mengundi pon nanti. Nanti-nanti la..
Ustaz: Nape? Mengundi tu kan wajib. Kita kena la pilih pemimpin yang ..
Mus: Saya tau ustaz. *aku potong sbb aku tau dye nak cakap ape.haha sengal tol aku ni* Sebab tu la saya tak nak daftar jadi pengundi, nanti pilih orang yang salah pulak. Saya pulak berdosa..
Ustaz: Eh camtu pulak.. Mana boleh camtu. Satu undi pon b'harga. Sekurang-kurangnya dengan mengundi kita dapat mengelakkan orang lain dari pilih pemimpin yang salah..
Mus: Emm betol la tu ustaz.. *sambil wat reaksi biase, angguk2 kepala*

***



Salam. Teringat plak dialog dengan Ustaz Mubin kat bilik aku sebelum aku balik cuti sem baru-baru ni.. Err dye ni bukan ustaz betol-betol tapi dye ni banyak ilmu agama so kitorang panggil la dye ustaz. Kitorang roomate yang lain ni sumenye setan kalau nak dibandingkan dengan si Mubin ni.. 

Sebenarnya aku nak cakap yang aku pada hari ni secara rasminya dah layak jadi pengundi. Tetibe rasa cam orang tua pulak. Kadang-kadang rasa aku rasa aku cam tak matang je lagi.huhu Macam semua ni datang terlalu awal..ntah la.. So, hari ni aku rasa sama je cam hari lain cuma ada dua surprises hari ni.. First aku dapat hadiah dari yang teristimewa. Yang teristimewa? Mak bapak aku je pon.haha.. Tapi yela diorang memang yang teristimewa pon dalam hidup aku.. al-Quran diorang bagi. Mak aii, aku rasa cam nak terbakar kat situ jugak.haha.. Maklum la aku ni kan macam ni..uhuks..  Sesape yang kenal aku tau la camne aku ni kan.. Aku pon harap aku jadi baik tapi itulah.. Aku pon xtau nak cakap camne tapi..tapi.. itulah kan.. *itulah..itulah..!!amende ko nak ckp ni mus?!* Malas la bagi alasan.. Pastu, aku nampak adik aku pakai baju melayu pegang kopiah siap-siap nak gie masjid. Wahh, aku sebagai abang rasa bangga la plak. Bukan ape, dulu dye la yang beria tak nak masuk sekolah agama sampai mak aku siap suruh pujuk nasihat lagi adik aku tu.. Skang ni dye jadi camni pulak.. Bagus la kan.. Harap-harap aku jadi la cam dye suatu hari nanti.. Hmm..bila la ek??
   

Monday, March 28, 2011

Kertas Yang Selalu Dapat Time Solat Jumaat No 2



Imam Al-Ghazali ada mencatatkan 5 perkara untuk mengikis sifat takbur dalam diri iaitu:

> Apabila bersua dengan kanak-kanak, anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita
> Apabila kita bersua dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah
> Apabila bersua dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang diketahui tetapi kita belum mengetahuinya
> Apabila bersua dengan orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu
> Apabila bersua dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam dan diampunkan Allah SWT sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa. Banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan.

Sumber: Ahli Rakan Masjid, Masjid Uwais al-Qarni, UiTM Pahang

Saturday, March 19, 2011

Ala, Kertas Yang Selalu Dapat Time Solat Jumaat Tu..


Salam..,

Kali ni aku nak berkongsi apa yang aku dapat waktu pergi sembahyang Jumaat tapi bukannye khutbah Jumaat. Biasanya orang akan bagi kertas or pamphlet2 tentang tazkirah, ilmu2 agama dll tyme2 nak masuk or keluar masjid. So, orang laki je la yang kompem dapat & baca kan? Mana ada orang pompuan sesat datang sembahyang Jumaat plak.. Jadi, aku nak kongsi la sikit apa yang aku dapat. Daripada blog ni terbiar takde pape hapdet, baik aku post something kan..



10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah SAW telah bersabda bahawa: “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
3. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya
4. Orang lelaki yang melarikan diri
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat)
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya
9. Orang-orang yang suka makan riba’
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah.” Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Sumber: Ahli Rakan Masjid, Masjid Uwais al-Qarni, UiTM Pahang.