Thursday, September 17, 2009

Parti Kaum Sejenis..

 ***
Nilai, 17 September - Sekumpulan pelajar berusia dalam lingkungan 18 ke 19 tahun disyaki telah melakukan satu parti liar di sebuah kolej dekat sini. Kolej itu dikenal pasti sebagai INTI University College yang terletak bersebelahan dengan Bistro Palma, sebuah premis makanan yang agak popular dalam kalangan penduduk berhampiran. Parti tersebut disahkan oleh pihak berkuasa sebagai satu parti liar berikutan penglibatan remaja dari kaum sejenis.

Ketika ditemubual, Aiman Asraf, salah seorang suspek yang disyaki terlibat memberitahu pihak kami bahawa mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Biasalah tu, mana ada orang jahat nak mengaku buat jahat, kan?? *err..tetiba ayat lain mcm..[continue..] Lebih mesra dengan panggilan Mang, beliau turut menjelaskan bahawa parti itulah tidak lain tidak bukan, adalah untuk merapatkan silaturrahim sesama mereka.

Pihak berkuasa yang berada di tempat kejadian pada mulanya berasa curiga dengan tindak tanduk mereka. Namun, setelah disiasat, ternyata tuduhan yang mengatakan parti itu adalah parti kaum sejenis sama sekali tidak benar. Ketua Inspektor Ahmad (bukan nama sebenar), ketika ditemui menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat satu kesilapan besar dengan menyerbu tempat kejadian. Setelah serbuan dibuat, barulah mereka sedar bahawa parti itu adalah jamuan berbuka puasa.

"Weh, kitorang nak mintak maap la kat korang sume. Silap target daa.. Aduyai..malunye aii ", Ketua Inspektor Ahmad kemudian meminta maaf lalu pergi meninggalkan tempat kejadian serta-merta bersama konco-konconya yang lain.

Berikutan kejadian ini, pihak polis terpaksa menanggung saman malu 1.5 juta. Berikut adalah sedutan-sedutan menarik parti tersebut.

 
My eyes, I`m blind !! Ang
...
Baba terharu kerana diserbu pihak berkuasa. Pes tyme kot..
...
 
Semua terkejut tatkala diambush t`masuk yg tgh maen psp
...
 
Woih, pandang kamera ! Nak masuk paper ni..
...
 
Jurucakap suspek..Mang
...
 
Barangan berharga yang disyaki dicuri..
...
 
Modus operandi.. Serbu, rezeki jgn ditolak !!
...
 
Yang kacau air sorang je..yg sibuk ramai. Beselah, rakyat Malaysia kn bersatu padu
...
 
Jangan tiru aksi ini. Bersopan-santunlah di depan makanan.
...
 
Allahumma lakasumna... 1Malaysia: Cina pun doa gak beb..
...
 
Aumm.. !! Jemput makan
...
 
Tambah..jangan tak tambah, Peng..
...
 
Pink yang kesepian.. air separuh tong, yg ada around 20 je
 ...
p/s: Adeh, kenyang minum air je..TQ semua. Puasa 6 nanti buat lagi.haha  :)

11 comments:

adh said...

hahahaa~
mmg berlebey air tuh.
selepas bbrape round black jack dan bluff pn xabes2 lg,haha

Mus said...

Pagi td aku tgk pon ade lg..
Haha..
Burpp.. "Kenyang" aku ngan hafiz minum smlm..

fatah85 said...

kejam you all tau. tak ajak ai datang parti kaum sejenis pun. palat la you all.


hahahahaha.
tak leh blah tajuk post.
esh2.

salam raya mus. ;)

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

mcam knal je periuk tu.
tp sedap. pandai jgk korang masak.

dayao said...

peh tak sampai kat sini pon. :(
btw sulumut huru ruyu mus!

Anonymous said...

sehingga comment ini dipos...
air itu masih ada, tidak habis...
kalau tidak kerana puasa...
pasti sudah licin...

lepas raya kita wat lagi!!!

Aiman said...

woit, pehal aku jurucakap huhuhu :P

papehal semlm terbaek, rase nk lagi hahaha

slamat hari raya mr MUS :D

Mus said...

Fatah:
Alaa you yg dh lama x call ai. ai merajuk la..you jahat..
Haha..ko gak, slmt ari raya


Nanaloly:
Periuk ko ke?
Aish, jgn la puji2..tgk, kn dh malu ni..
Haha..(padahal aku x tolong pape pun.huu)
Ang, Baba, n yg laen2 masak..


Daya Othman:
Huk..huk..
Sulumut uru uyu guk !
Huhu..:)

*huhu=haha :)



Jason:
Jom!!
Tyme aku komen ni, air dh abes..
Ntah sape x pose gie minum.
Haha..


Aiman:
Lps raya plak..hehe
Slmt hr raya gak mr AIMAN :P

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

aah periuk saya la.
xpe2 mungkin pandangan ko je boleh jd kan nasi tu sdap. haha.
nti buat smbil bukak pintu sukahati tu mesti lg meriah kan :P

fatah85 said...

blok a jahat tau.
geram ai.
rasa macam nak bom.
kah kah kah.

pasni kalau nak buat, buat iklan dulu awal2. memudahkan kerja penghabisan makanan. ;)

Mus said...

Nanaloly:
X..xbes2..
Sebab nnti x bole la pggil parti kaum sejenis dh..
Haha..


Fatah:
Haha..nnti kitorg wat banner lagi