Monday, March 28, 2011

Kertas Yang Selalu Dapat Time Solat Jumaat No 2



Imam Al-Ghazali ada mencatatkan 5 perkara untuk mengikis sifat takbur dalam diri iaitu:

> Apabila bersua dengan kanak-kanak, anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita
> Apabila kita bersua dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah
> Apabila bersua dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang diketahui tetapi kita belum mengetahuinya
> Apabila bersua dengan orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu
> Apabila bersua dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam dan diampunkan Allah SWT sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa. Banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan.

Sumber: Ahli Rakan Masjid, Masjid Uwais al-Qarni, UiTM Pahang

Saturday, March 19, 2011

Ala, Kertas Yang Selalu Dapat Time Solat Jumaat Tu..


Salam..,

Kali ni aku nak berkongsi apa yang aku dapat waktu pergi sembahyang Jumaat tapi bukannye khutbah Jumaat. Biasanya orang akan bagi kertas or pamphlet2 tentang tazkirah, ilmu2 agama dll tyme2 nak masuk or keluar masjid. So, orang laki je la yang kompem dapat & baca kan? Mana ada orang pompuan sesat datang sembahyang Jumaat plak.. Jadi, aku nak kongsi la sikit apa yang aku dapat. Daripada blog ni terbiar takde pape hapdet, baik aku post something kan..



10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah SAW telah bersabda bahawa: “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
3. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya
4. Orang lelaki yang melarikan diri
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat)
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya
9. Orang-orang yang suka makan riba’
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah.” Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Sumber: Ahli Rakan Masjid, Masjid Uwais al-Qarni, UiTM Pahang.


Friday, March 18, 2011

Champions League 2011: Quarter-Final & Semi-Final Draw



Salam. Berikut adalah undian quarter-final and semi final Champions League bagi tahun 2011 ni. Memang urgh.. meleleh  saliva beb..



Memang sure gempak la final kat Wembley tahun ni. Aku predict Barca vs MU final nanti. Tapi ofkoz la aku mengharapkan Chelsea yang masuk final kan... Tapi kadang-kadang bez mengharapkan mende yang terburuk akan berlaku. Bak kata Madam Shilawani, 'expect the worst'. Sebab bila secara tak semena-menanya bende yang kita tak expect (tapi bende yang kita tak expect tu sbnrnya lagi bagus dari apa yang kita expect) terjadi, so secara spontannya kita akan merasa sangat puas hati dan gembira sbb kite tak expect pun mende baik tu akan terjadi. Err..korang paham tak aku merepek ape ni..? Papepun, Barca ngan MU dah byk dah menang. Sekali sekala bagi la Chelsea plak kan. Nak gak merasa menang sekali. Sekali pun jadi la, plizz...*wat muka innocent sambil mata kelip2 dan genggam dua tangan*

p/s: Tahukah anda undian Champions League ni adalah acara tahunan wajib *selain melicinkan tupperware kuih raya time raya pose* bagi aku, abang dan adik-adik aku di mana kitorang akan bertenggek depan tv reramai. Entah la nape, tapi aku rasa excited dan teruja yang amat sangat.. Lagi excited dari melihat Syeikh Muzaphar naik ke angkasa lepas walaupun setiap tahun memang sah-sah ada undian ni..


Wednesday, March 2, 2011

HKR113 ???

Assalamualaikum wbt...

Mesti korang tertanya-tanya kan ape dye HKR113?? *memandai2 je ko ckp diorang t'tanya2...* Adakah ia sebuah planet baru?? Mungkinkah ia merupakan satelit pertama yang mengorbit bumi?? Or maybe nombor plat kete baru aku kot..?! Tidak, jawapan anda salah sama sekali!!

*nape bile aku baca balik yg kt atas ni bunyi cam sengal semacam je ek..haha..*
*cukup mus, sudah2 la mengarut..*

Sebenarnya ni adalah subjek kokurikulum aku bagi sem 2 ni. Nama penuh dye Pengurusan Institusi Masjid, kodnye pulak ialah HKR113. *what..MASJID!! biar betik...* Yup, masjid. Jangan tanya aku nape.. Huhu.. Sebenarnya aku memula nak daftar masuk sukan tapi disebabkan register lewat, dah xde tempat kosong utk masuk kelab sukan. Terpaksa la masuk kelab ni.. *ye betul, terpaksa..* Takkan la aku nak masuk Kelab Pemikiran Mahathir kot.. Logik la sikit.. Budak introverted yang x punya keyakinan diri dan xde langsung inisiatif utk memajukan diri cam aku ni takkan la masuk kelab camtu kot.. Tak ke buang tebiat namanye tu... So atas galakan dan dorongan kawan aku yang sama jugak x dapat masuk kelab sukan, aku pun join la kelab masjid ni. Dye cakap senang je nak lulus kelab ni. Dye cakap la.. *heh, matlamat utama mesti la nak lulus kn..* Tak banyak assingment, just hafal surah pastu lulus la..



At first takut la nak masuk kelas ni kan. Bukan sebab ape.. Tapi memikirkan dosa yang bertimbun-timbun ni, tetibe masuk aktiviti masjid plak kan.. Tak ke jelas lagi nyata kontranya di situ?? Rasa bersalah gila la aku masuk kelas ni.. Dengan dosa banyak, niat utama ekceli nak masuk kelab sukan, niat second plak sekadar nak lulus je koko sem ni... Buatnya lecturer suruh berlakon jadi imam, azan, baca Quran depan org ramai.. Tak ke rendah diri aku rasa nanti.. *ye, aku ni bengong cket..*

Tapi lepas masuk kelas ni lega la...  Banyak info-info dan ilmu baru tentang solat dan sebagainya yg aku dapat dalam kelas ni..Plus, kelas ni xde la macam yang aku expect sebelum ni. Kalau sebelum ni aku expect lecturer akan tegas macam ustaz yang mengajar kelas mengaji tu. Tapi lecturer pun jenis sempoi je. Ustaz Wan Azmi nama dye. Bila dengar dye cakap apa aktiviti2 yang ada, apa student kena buat, OK la cket rasanya.. Xde la susah mana.. Ustaz pun tau yang kebanyakan student dalam kelab tu terpaksa masuk sebab kelab sukan dah full. So sebagai orang yang sering melakukan kemaksiatan dan lalai cam aku ni pun lega la.. Ustaz pun dah paham..

Aku tak tau la nape aku takut sangat dengan benda2 yang berkaitan dengan agama ni. Mungkin sebab aku banyak buat dosa kot.. Or mungkin aku banyak bazir masa buat benda sia-sia sampailah satu tahap cam sekarang ni, bila aku rasa kehidupan aku yang penuh dengan maksiat ni akan terancam bila saja aku belajar agama. Macam aku dah tak boleh buat jahat dah bila aku masuk kelab ni... Macam aku kena terus bertaubat dan tinggalkan benda jahat. Seterusnya jadi budak baik yang selalu pegi masjid.. Korang paham tak?? Aku rasa mesti ada orang yang fikir cam aku ni kan?? *or mgkin aku sorang je yg bangang rasa cmni..* Tapi bukan la maksud aku kita kena terus-menerus buat jahat, tak payah bertaubat dan lain2. Jangan salah tafsir plak ayat aku tu.. Bukan aku tak nak jadi baik. Memang la kita sebagai umat Islam perlu tinggalkan perkara mungkar dan bertaubat jika lakukan dosa. Tapi aku bercakap dalam konteks diri aku sendiri. Kekadang aku rasa takut bila aku tetiba berubah jadi baik serta-merta. Aku takut kalau aku jadi baik hanya disebabkan aku masuk kelas ni je.. Macam mana keadaan aku kalau kelas ni abes bila hujung semester nanti? Adakah aku akan berbalik semula jadi aku yang dulu tu.. Yang selalu buat maksiat, selalu lalai mengingati Allah.. Hmm.. aku tak tau la..

Tapi aku harap kelas ni dapat membuka pintu hati aku.. Supaya aku dapat berubah secara sikit-sikit dan istiqamah utk berubah.. Walaupun tak dapat berubah secara keseluruhan tapi ada la sikit-sikit. Sekurang-kurangnya ada.. Sebenarnya banyak yang aku nak kongsi tentang apa yang aku dapat time kelas ni. Dalam post lain la kot...