Wednesday, March 2, 2011

HKR113 ???

Assalamualaikum wbt...

Mesti korang tertanya-tanya kan ape dye HKR113?? *memandai2 je ko ckp diorang t'tanya2...* Adakah ia sebuah planet baru?? Mungkinkah ia merupakan satelit pertama yang mengorbit bumi?? Or maybe nombor plat kete baru aku kot..?! Tidak, jawapan anda salah sama sekali!!

*nape bile aku baca balik yg kt atas ni bunyi cam sengal semacam je ek..haha..*
*cukup mus, sudah2 la mengarut..*

Sebenarnya ni adalah subjek kokurikulum aku bagi sem 2 ni. Nama penuh dye Pengurusan Institusi Masjid, kodnye pulak ialah HKR113. *what..MASJID!! biar betik...* Yup, masjid. Jangan tanya aku nape.. Huhu.. Sebenarnya aku memula nak daftar masuk sukan tapi disebabkan register lewat, dah xde tempat kosong utk masuk kelab sukan. Terpaksa la masuk kelab ni.. *ye betul, terpaksa..* Takkan la aku nak masuk Kelab Pemikiran Mahathir kot.. Logik la sikit.. Budak introverted yang x punya keyakinan diri dan xde langsung inisiatif utk memajukan diri cam aku ni takkan la masuk kelab camtu kot.. Tak ke buang tebiat namanye tu... So atas galakan dan dorongan kawan aku yang sama jugak x dapat masuk kelab sukan, aku pun join la kelab masjid ni. Dye cakap senang je nak lulus kelab ni. Dye cakap la.. *heh, matlamat utama mesti la nak lulus kn..* Tak banyak assingment, just hafal surah pastu lulus la..



At first takut la nak masuk kelas ni kan. Bukan sebab ape.. Tapi memikirkan dosa yang bertimbun-timbun ni, tetibe masuk aktiviti masjid plak kan.. Tak ke jelas lagi nyata kontranya di situ?? Rasa bersalah gila la aku masuk kelas ni.. Dengan dosa banyak, niat utama ekceli nak masuk kelab sukan, niat second plak sekadar nak lulus je koko sem ni... Buatnya lecturer suruh berlakon jadi imam, azan, baca Quran depan org ramai.. Tak ke rendah diri aku rasa nanti.. *ye, aku ni bengong cket..*

Tapi lepas masuk kelas ni lega la...  Banyak info-info dan ilmu baru tentang solat dan sebagainya yg aku dapat dalam kelas ni..Plus, kelas ni xde la macam yang aku expect sebelum ni. Kalau sebelum ni aku expect lecturer akan tegas macam ustaz yang mengajar kelas mengaji tu. Tapi lecturer pun jenis sempoi je. Ustaz Wan Azmi nama dye. Bila dengar dye cakap apa aktiviti2 yang ada, apa student kena buat, OK la cket rasanya.. Xde la susah mana.. Ustaz pun tau yang kebanyakan student dalam kelab tu terpaksa masuk sebab kelab sukan dah full. So sebagai orang yang sering melakukan kemaksiatan dan lalai cam aku ni pun lega la.. Ustaz pun dah paham..

Aku tak tau la nape aku takut sangat dengan benda2 yang berkaitan dengan agama ni. Mungkin sebab aku banyak buat dosa kot.. Or mungkin aku banyak bazir masa buat benda sia-sia sampailah satu tahap cam sekarang ni, bila aku rasa kehidupan aku yang penuh dengan maksiat ni akan terancam bila saja aku belajar agama. Macam aku dah tak boleh buat jahat dah bila aku masuk kelab ni... Macam aku kena terus bertaubat dan tinggalkan benda jahat. Seterusnya jadi budak baik yang selalu pegi masjid.. Korang paham tak?? Aku rasa mesti ada orang yang fikir cam aku ni kan?? *or mgkin aku sorang je yg bangang rasa cmni..* Tapi bukan la maksud aku kita kena terus-menerus buat jahat, tak payah bertaubat dan lain2. Jangan salah tafsir plak ayat aku tu.. Bukan aku tak nak jadi baik. Memang la kita sebagai umat Islam perlu tinggalkan perkara mungkar dan bertaubat jika lakukan dosa. Tapi aku bercakap dalam konteks diri aku sendiri. Kekadang aku rasa takut bila aku tetiba berubah jadi baik serta-merta. Aku takut kalau aku jadi baik hanya disebabkan aku masuk kelas ni je.. Macam mana keadaan aku kalau kelas ni abes bila hujung semester nanti? Adakah aku akan berbalik semula jadi aku yang dulu tu.. Yang selalu buat maksiat, selalu lalai mengingati Allah.. Hmm.. aku tak tau la..

Tapi aku harap kelas ni dapat membuka pintu hati aku.. Supaya aku dapat berubah secara sikit-sikit dan istiqamah utk berubah.. Walaupun tak dapat berubah secara keseluruhan tapi ada la sikit-sikit. Sekurang-kurangnya ada.. Sebenarnya banyak yang aku nak kongsi tentang apa yang aku dapat time kelas ni. Dalam post lain la kot...


6 comments:

Anonymous said...

HKR113???

Anonymous said...

a

Anonymous said...

saya bangga menjadi anak malaysia,,
sbb tu la saya xsokong kelab2 lain seperti kelab2 dangdut,kelab2 haram dan kelab2 pesta haram yang xhalal..
so,,ak nk wat new post la kat lam blog ni..(sbb ak rase ak ni bijaksana dan sini)
jadi...>>
renung2kan>>>selamat beramal..!!
salam..
pasni ak nk cont blik komen ak..

Mus said...

A'ah..nape "???" ?

kitahamba said...

ada la tu hikmahnya...
~enjit2 semut, sape sakit naik atas..
sape xpernah rasa sakit cam kena cubit time main permainan ni, xkan hargai apa tu nikmat sihat.
cam jugak org y xpernah rasa 'sakitnya jiwa' bila tgh wat benda xberapa nak baik, mngkin xkan tahu apa itu rasa tenang bila dekat dgn DIA..
*paham ke? ~~

Mus said...

Ye, sy dulu mmg slalu main enjit2 semut ni..

(nampak sgt la x paham..)

Memaen je.hehe..Paham2
TQ