Sunday, May 16, 2010

Thanks a Lot Chelsea...


... for the best birthday present ever. At least, takde la sedih sangat sebab dah jadi orang tua. Haha.. Pejam celik, pejam celik..rupa-rupanya dah 20 tahun dua hari lepas. Yeay..!! Selebret sensorang je sambil ditemani kepala yang sakit cam nak pecah ni.. Adeih.. Time kasih kepada yg wish.. Hmm..sekejap je masa berlalu. Ape la yang aku dah buat sepanjang 20 tahun ni ek? Takde pape yang significant pon. Tapi yang paling aku ingat ialah bile dibuang dari kolej awal tahun ni. Sengal tul la aku ni. Haha.. Btw, kena la bersyukur kepada Allah sebab masih lagi diberikan nyawa. Kalau ditakdirkan Allah nak cabut nyawa ni, mana mungkin aku boleh bernafas lagi cam sekarang ni. Mana mungkin aku boleh menaip entry ni. Tak mungkin aku boleh saksikan Chelsea menang EPL & FA Cup (nak jugak masuk..). All in all, congratz to Chelsea for winning the FA Cup. Our third in 4 years. And, our first Double.

Keeps the Blue flags flying high !!

Hari ni 16hb Mei. Selamat Hari Guru kpd cikgu-cikgi yang pernah mengajar aku start dari Tadika Kota Gelanggi 1, SK Temin, SBPI Temerloh, Matrik Penang, dan INTI College. Segala jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku. Cewahh..cam ayat dalam kad hari guru la pulak..

Monday, May 10, 2010

Korang Mesti Tau Kenapa Tetiba Aku Buat Post Ni...

 

Nak masuk bilik air jap. Nak menjerit kuat-kuat malam ni. YAHOOO!!! CHELSEA JUARAAAA!!! Sambil jerit, ambik spanar ketuk-ketuk sinki kasi pecah. Okay, dah siap. Haha.. Tipu je. Nak mati kena terajang ngan abang aku sampai mati ke hape wat keje tak berpekdah camtu?

Pergh.. Bangga beb. Gembira apatah lagi. Nak nangis pon ada. Macam-macam yang boleh rasa sekarang ni. Mesti abang aku pelik tengok aku senyum cam orang gila tadi. Haha.. Tak boleh nak tahan senyum. Dekat sejam gak la ekspresi muka yang sama je, start dari wisel panamat tadi sampai boleh cramp muka. Kan best kalau ada kat Stamford Bridge tyme tu. Haha..berangan je la..

Setelah 3 tahun kebulur, akhirnya dapat merasa balik EPL or BPL or wateva la, piala sama je. Finale yang bagi aku sungguh fantastik season ni, 8-0. Aku rasa memang layak la Chelsea yang menang season ni. Kalau dah skor melampau-lampau camni takkan dapat naib juara je kan. Overall gol yang disumbat untuk season ni je pon 103. Bukan senang. Kepada MU cube lagi season depan & kepada Arsenal beli la pemain tua cket. Liverpool? Eh, Liverpool ade ek main dalam liga season ni? Haha.. Entah kenapa, tapi aku rasa Liverpool cam tak wujud je season ni.

Tahniah kepada hero-hero Chelsea esp. kapten John Terry & tak lupa juga kepada our manager, Carlo Ancelotti. Minggu depan sapu FA Cup plak. Season depan harap-harap menang Champions League. Hehe.. So, disebabkan bukan selalu menang EPL ni, mari la sama-sama selebret. Season depan tak tentu menang lagi. (aku rasa season depan x menang dah kot..huhu)

Di kesempatan ni, aku tujukan lagu ni buat fans Chelsea seluruh dunia (macam la diorang baca..). Meh nyanyi ramai-ramai.


Blue is the Colour

chorus
Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
Cheer us on through the sun and rain,
'Cause Chelsea.. Chelsea is our name

Here at the Bridge whether rain or fine
We can shine all the time
Home or away, come and see us play
You're welcome any day

(chorus)

Come to the shed and we'll welcome you
Wear your blue and see us through
Sing loud and clear until the game is done
Sing Chelsea everyone

(chorus)2x


Boleh la fans Chelsea tido dengan mulut tersenyum cam orang mati dalam iman malam ni. Haha.. Tapi aku ingat malam ni malas la nak tido. Nak berjaga sambil tersenyum macam orang gila sampai subuh esok. Okeh, start sekarang..!  :)

Oh ye, selamat hari ibu kepada mak aku & ibu-ibu di seluruh dunia. Moga pengorbana & jasa mereka dibalas dengan balasan yang setimpal. Cheers. Orait, start senyum balik..!  :)
 

Thursday, March 4, 2010

Post Membosankan Yang Ke-103

 
Aargh..tak boleh tido!!!

Ni la yang jadi bila suka sangat tido time siang. Bile malam je dh takde selera nak tido. Terseksa sungguh rasa hidup bila tak dapat tido malam ni. Macam-macam posisi dah try. Terlentang, mengiring, kuak kupu-kupu. Semua tak jadi. Tak nak jugak tido. Nak tak nak terpaksa la berjaga jugak. Aku ingat malam ni nak tido 2-3 jam sebelum match bola pagi ni. Tapi apakan daya, mata tak nak gak pejam. Dah pejam pon still tak boleh tido.

Or mungkin terlalu banyak yang aku fikirkan sampai tak boleh nak tido. Currently, aku asyik terfikirkan pasal sorang budak ni. Pompuan. Aku rasa tiap malam kot aku asyik fikirkan pasal dye. Ntah la.. Rasa macam ada unfinished bussiness je ngan dye. Memang ada pon aku rasa. Err..tapi cam malas la pulak nak citer kat sini.

***



Forget 'bout that. So, aku pun bangun la. Bukak laptop. Maen Guitar Hero jap. Haha.. Sungguh takde keje bangun tido terus maen guitar hero. Tapi berdasarkan apa yang aku maen tadi, aku tengok jari aku lagi cekap kontrol kibod lepas bangun dari 'tido'. Abes satu lagu, aku tutup. Layan internet jap. Bukak blog. Sign in. Gie kt list of post. Nampak cam dah banyak je post aku buat. Setelah kira-kira baru la aku sedar yang aku dh tulis lebih seratus post. Post sekarang ni yang ke-103. Demm..aku tak sedar. Ye la, selalu orang mesti akan cakap camni, "post ni adlh post yg ke 100" & yang sewaktu dengannya. Aku pulak tak berpeluang cakap camtu sebab dah terlepas. Ciss.. Papepon, rajin jugak aku ni ek..*sambil tepuk2 bahu sendiri   Sebab aku mula-mula buat blog ni pon atas dasar bosan je.. Tak sangka la pulak yang aku ni memang sungguh 'membosankan'. Haha..
  
p/s: ugh, nak dekat start match ni la baru rasa ngantuk...
  

Thursday, February 25, 2010

Malam Yang Panjang Buat Seorang Vampire

 

Aku tertarik bile terbaca satu artikel ni. Dalam artikel tu ade tulis yang seorang atlet ni menguap sebelum acara dye dipertandingkan kt Olimpik. Bagi aku, apa yang pelik sampai boleh jadi berita? Aku & korang2 pon penah gak menguap especially dalam kelas time cikgu mengajar, x penah pulak masuk berita. Jangan kata FOX News nak ambik tau, majalah Kuntum pon belum tentu berminat. Emm..

*Ek elah mamat ni..dh la cuti lama giler.. Blog pulak bukan main malas nak update.. Dah la x bagi salam dulu, tetibe je masuk.. Kene ke? Assalamualaikum semua.. Err.. Hai..  Hehe.. Lama gile kan x berupdate.. Aku bukannya apa, busy la duk rumah ni. Haha..

Oh ye, berbalik kepada citer kat atas tu.. Aku pon kadang-kadang selalu gak menguap tiap2 kali sebelum match penting dsb.. *x pelik konon..hehe  Reason aku sebab dengan menguap aku dapat menenangkan diri & supaya nampak cool depan orang ramai sbb nanti mesti orang akan cakap "Weyh, budak ni siap bole menguap lagi time2 match penting camni.. Mesti hebat ni.. "
Btol tak? Cool kan.. Haha.. Takde lah.. Sebenarnye aku memang prefer tido dulu sebelum ada apa2 yang penting cam ada match bola ke, interview ke.. Tido sekejap je.. Orang2 kampung kata take a nap.. Tido, bagi aku la, dapat mengembalikan kesegaran badan aku & menstabilkan otak aku. Sebab biasenye aku akan nervous giler babeng sebelum ada mende2 penting ni. So at least tido dapat mengembalikan tahap ketidaknervousan aku. Kdg2 sebelum sembahyang pon aku suke tido gak sebab bile bangun aku takkan pikir mende lain dh & membantu untuk lebih khusyuk.. Cewahh..

Dah.. Cukup2 la tu merepek!! (but seriously..)

Mesti korg terwonder2 kn, ape yg aku duk buat selepas didumpkn oleh JPA? Ye, tepat sekali.. Dah duduk kat rumah, ofkoz la tido je keje aku. Haha.. Tapi aku sekarang ni dah tukar rutin harian aku. Aku tido tak ingat dunia time siang.. Malam pulak baru la aku berjaga.

Aku ade satu rahsia. Dulu aku x pernah bagi tau sesape tapi sekarang akan dedahkan one of my biggest secret here. Sebenarnya aku.. Sebenarnya aku adalah VAMPIRE !! Sbb tu la aku tido tyme siang je.. Nanti aku terbakar beb kalau kena cahaya matahari, unless aku ada cincin tu. Tapi tertinggal pulak kt INTI. Aduyai.. Terpaksa la jadi anak dara duk kt umah je.. Haha..aku tipu je.. (bengong ape..sape la nk caye?)
Aku ekceli tengah sangap tengok citer The Vampire Diaries. Huhu.. Dulu Fatah ckp Nami tak habis2 dengan dye punye vampire.. Bangun pagi je terus vampire. So aku cam pelik la kan.. Camne Nami yang aku consider brutal ni boleh sangkut kt citer camni. So aku pon give it a try. Bez la pulak.. Mula2 ingat nak tengok 1st episode je, alih2 sampai berbelas2 pulak tertengok. Haha.. Cuma aku rasa citer ni cam laju giler. Macam semua benda nak sumbat dalam 1st season. Chill la dulu.. Walaupun begitu, *skema tetibe citer ni agak bez la.. Pompuan x abes2 tergila2kan Edward Cullen, bosan la dengar.. Stefan Salvatore aku rasa lgi bez.. Haha.. Tak caye, tanya Nami..

Dah la ngarut.. Nak tengok TV.. Champions League..

p/s: sebenarnye aku x tido malam sebab internet aku laju time tu..haha
 

Tuesday, February 2, 2010

Fly..


Bye bebudak INTI semua. Di hari yg mulia ini, aku menghimpun 10 jari tangan, 10 jari kaki memohon maaf klu ade wat salah silap. Harap dapat diampun. Mak aih, dh mcm raye la pulak.. Mintak halal jugak kalau ade ter'ambik' duit ke, ter'pinjam' sabun ke, ter'mengumpat' ke & banyak lagi ter. Terima kasih atas semua pertolongan, sokongan & dorongan korang yg x berbelah bagi. *skema gile, SPM pon xde la cm ni.. Aku xkn lupekn korg semua. Doakan kejayaan aku kt sana nanti. *ek eleh, fly gie rumah je pon.. Papepon, selamat berjaya dlm apa jua bidang, field or pape je la yg korg ambik. Blaja rerajin. Assalamualaikum. My katil, wait 4 me! :)