Wednesday, March 2, 2011

HKR113 ???

Assalamualaikum wbt...

Mesti korang tertanya-tanya kan ape dye HKR113?? *memandai2 je ko ckp diorang t'tanya2...* Adakah ia sebuah planet baru?? Mungkinkah ia merupakan satelit pertama yang mengorbit bumi?? Or maybe nombor plat kete baru aku kot..?! Tidak, jawapan anda salah sama sekali!!

*nape bile aku baca balik yg kt atas ni bunyi cam sengal semacam je ek..haha..*
*cukup mus, sudah2 la mengarut..*

Sebenarnya ni adalah subjek kokurikulum aku bagi sem 2 ni. Nama penuh dye Pengurusan Institusi Masjid, kodnye pulak ialah HKR113. *what..MASJID!! biar betik...* Yup, masjid. Jangan tanya aku nape.. Huhu.. Sebenarnya aku memula nak daftar masuk sukan tapi disebabkan register lewat, dah xde tempat kosong utk masuk kelab sukan. Terpaksa la masuk kelab ni.. *ye betul, terpaksa..* Takkan la aku nak masuk Kelab Pemikiran Mahathir kot.. Logik la sikit.. Budak introverted yang x punya keyakinan diri dan xde langsung inisiatif utk memajukan diri cam aku ni takkan la masuk kelab camtu kot.. Tak ke buang tebiat namanye tu... So atas galakan dan dorongan kawan aku yang sama jugak x dapat masuk kelab sukan, aku pun join la kelab masjid ni. Dye cakap senang je nak lulus kelab ni. Dye cakap la.. *heh, matlamat utama mesti la nak lulus kn..* Tak banyak assingment, just hafal surah pastu lulus la..



At first takut la nak masuk kelas ni kan. Bukan sebab ape.. Tapi memikirkan dosa yang bertimbun-timbun ni, tetibe masuk aktiviti masjid plak kan.. Tak ke jelas lagi nyata kontranya di situ?? Rasa bersalah gila la aku masuk kelas ni.. Dengan dosa banyak, niat utama ekceli nak masuk kelab sukan, niat second plak sekadar nak lulus je koko sem ni... Buatnya lecturer suruh berlakon jadi imam, azan, baca Quran depan org ramai.. Tak ke rendah diri aku rasa nanti.. *ye, aku ni bengong cket..*

Tapi lepas masuk kelas ni lega la...  Banyak info-info dan ilmu baru tentang solat dan sebagainya yg aku dapat dalam kelas ni..Plus, kelas ni xde la macam yang aku expect sebelum ni. Kalau sebelum ni aku expect lecturer akan tegas macam ustaz yang mengajar kelas mengaji tu. Tapi lecturer pun jenis sempoi je. Ustaz Wan Azmi nama dye. Bila dengar dye cakap apa aktiviti2 yang ada, apa student kena buat, OK la cket rasanya.. Xde la susah mana.. Ustaz pun tau yang kebanyakan student dalam kelab tu terpaksa masuk sebab kelab sukan dah full. So sebagai orang yang sering melakukan kemaksiatan dan lalai cam aku ni pun lega la.. Ustaz pun dah paham..

Aku tak tau la nape aku takut sangat dengan benda2 yang berkaitan dengan agama ni. Mungkin sebab aku banyak buat dosa kot.. Or mungkin aku banyak bazir masa buat benda sia-sia sampailah satu tahap cam sekarang ni, bila aku rasa kehidupan aku yang penuh dengan maksiat ni akan terancam bila saja aku belajar agama. Macam aku dah tak boleh buat jahat dah bila aku masuk kelab ni... Macam aku kena terus bertaubat dan tinggalkan benda jahat. Seterusnya jadi budak baik yang selalu pegi masjid.. Korang paham tak?? Aku rasa mesti ada orang yang fikir cam aku ni kan?? *or mgkin aku sorang je yg bangang rasa cmni..* Tapi bukan la maksud aku kita kena terus-menerus buat jahat, tak payah bertaubat dan lain2. Jangan salah tafsir plak ayat aku tu.. Bukan aku tak nak jadi baik. Memang la kita sebagai umat Islam perlu tinggalkan perkara mungkar dan bertaubat jika lakukan dosa. Tapi aku bercakap dalam konteks diri aku sendiri. Kekadang aku rasa takut bila aku tetiba berubah jadi baik serta-merta. Aku takut kalau aku jadi baik hanya disebabkan aku masuk kelas ni je.. Macam mana keadaan aku kalau kelas ni abes bila hujung semester nanti? Adakah aku akan berbalik semula jadi aku yang dulu tu.. Yang selalu buat maksiat, selalu lalai mengingati Allah.. Hmm.. aku tak tau la..

Tapi aku harap kelas ni dapat membuka pintu hati aku.. Supaya aku dapat berubah secara sikit-sikit dan istiqamah utk berubah.. Walaupun tak dapat berubah secara keseluruhan tapi ada la sikit-sikit. Sekurang-kurangnya ada.. Sebenarnya banyak yang aku nak kongsi tentang apa yang aku dapat time kelas ni. Dalam post lain la kot...


Monday, February 28, 2011

naaaiiss.... *nice





~sometimes, it's just nice to see everyone's face is beaming, is it not??  :)
great scenes...


Sunday, February 20, 2011

Orang Kata Sharing is Caring...


Assalamualaikumwarahmatullah



Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yang kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasulullah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untu kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasulullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH:- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM, SESIAPA YG TIGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA

Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa...........................Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Wassalam.

source: papan kenyataan depan bilik lecturer ape ntah nama dye...


Friday, February 11, 2011

Yela, Torres kan banyak berjasa hebat ensem kacak bergaya!!


Salam. Ekceli, aku xtau pun nak tulis ape. Sesaje mengisi 'masa terluang' petang Jumaat ni dgn menjengah blog. Mungkin jugak sbg terapi selepas aku & Chelsea dikritik hebat oleh kengkawan aku sejak dari Ahad lepas. Bayangkan la kalau satu kelas duk kutuk aku tanpa dibekap oleh sesape. *ceh, bajet aku player la plak* Haha. Sengal.. Tp dah kalah nak wat camne kan..? Bukan kita player pun, setakat duduk Mesia bersorak nangis depan TV je la.. Tengah duk sesaje ni, terdengar roomate aku Meor borak ngan ustaz bilik aku ni ttg Teori Evolusi Charles Darwin tu. Maka TING!! *sila buat bunyi mentol menyala atas kepala*, aku tetiba memandai reka teori melibatkan fans Liverpool terhadap perpindahan Torres ke Chelsea. Ni ha dye teori aku tentang fans Liverpool.

TEORI 1: Fans Liverpool Masih Sayang Kat Torres
Penonton aritu rata2 fans Liverpool.. Memang bising la bile gambar Torres didisplaykan kt TV sebab kene boo.. Tapi aku tau yang diorang masih sayang kat Torres, sebab tu diorang marah kan?? Dalam situasi ni, ayat/pepatah/wateva seperti 'Marah Tandanya Sayang' sangat sesuai digunakan. Sama la jugak time Benayoun pindah masuk Chelsea. Mana ada fans Liverpool tetiba nak protes & bakar2 baju dye.. Diorang sayang Benayoun xde la macam diorang sayang kat Torres kn... Yela, Torres kan banyak berjasa hebat ensem kacak bergaya. Tak macam Banayoun yang boleh la tahan, emm OK la... & dye jugak Yahudi. Mengikut comparison yang aku kira 'agak' seimbang ni, mesti la orang akan sayang Torres lebih lagi kn.. Fans Liverpool, baik korang ngaku cepat : Korang still sayang Torres lagi kan???

TEORI 2: Liverpool Nyer Fans Takut
Bile fikir-fikir & imbas-imbas kembali, aku kekadang pelik gak. Sepanjang season ni diorang kutuk Torres cakap Torres x perform la, main cam hampeh la.. TAPI, nape diorang marah sangat bile Torres pindah ke Chelsea. Dye dah la x perform, lantak dye la kalau nak pindah ke kelab lain. Bukan ada effect buruk kat Liverpool pun secara logik akal. *well, mungkin ada sesikit kesan buruk..tapi for the sake of my teori, aku ignore je la* Sebenarnya, fans Liverpool takut lagi-lagi sebab Torres pindah masuk Chelsea. Walaupun Chelsea agak hampeh la jugak kebelakangan ni, tapi diorang percaya yang nasib Chelsea mampu berubah menjadi baik dengan adanya Torres dalam team Chelsea. Diorang gak takut dengan berpindahnya Torres, nasib Liverpool akan jadi lebih buruk walaupun Torres main cam hampeh bak kata diorang. Yela, Torres kan banyak berjasa hebat ensem kacak bergaya. Manusia ni bila2 je boleh berubah dan diorang tahu yang walaupun Torres main x bagus season ni, Torres boleh je dgn tetibanye transform jadi hebat semula. Dah tentulah Torres menjadi satu kehilangan besar bagi diorang. Baru masuk Chelsea, kalau masuk MU xtau la ape jadi. Kene bakar kot rumah Torres?!

Ngaku je la..korang sayang aku kan??!

Aku suka baca komen orang2 tentang citer Torres ni kat Daily Mail. Ramai yang mengutuk dye tapi ada jugak yang sokong Torres & akui masih sayang kat Torres. Bagi aku la, aku respek kat orang-orang yang mengaku dye still sayang lagi kat Torres. Pada aku, diorang ni jujur. X macam certain orang menyalahkan Torres yang kata mereka Torres memungkiri kontrak yang dye sign. Ada relevannya diorang cakap camtu tapi bagi aku diorang sebenarnya nak mengelakkan dari mengaku yang diorang masih sayang kat Torres.   Yela, Torres kan banyak berjasa hebat ensem kacak bergaya. Hmm..boleh gak ni jadi teori no 3 kan?? TEORI 3: Fans Liverpool Tak Jujur. Haha.. Nape, korang x puas ati?? Buat la teori korang sendiri...

p/s: Ni sekadar teori/pandangan kosong aku je la. Yela, nak cakap depan2 ngan orang ramai x berani plak. Dah la pendiam. Tulis kat blog je la. So, korang yang baca terpaksa la terima apa yang aku mengarut ni. Haha padan muke..


Wednesday, February 2, 2011

Fernando Torres ke Chelsea!!!!!

Rilex2, bawak bertendang penduduk dunia sekalian. Ni bukan Torres si penyepak bola tu. Ni hanyalah pak cik Roberts yg keje dye print baju kat Chelsea je..haha *mane la tau ade plak yg lurus tahap pembaris gie caye plak kn..*

Ni baru la betul brader Torres kite..


Fuhh..akhirnye selepas 3, 4 hari yang agak memenatkan Torres kini sah milik Chelsea FC. Err..diorang kat London tu la yang penat duk ke hulu ke hilir, aku duk Jerantut ni refresh webpage depan laptop je la kejenye. Papepon aku sebagai fan Chelsea agak.. emm.. begitu.. cukup *jap jap, susun ayat jap* BANGGA la senang citer dengan perpindahan Torres ni. Harapan aku semoga dye tak la jadi hampeh cam aku nyer ex-idola-err,still-idola-aku-lagi-kot-kalau-tak-campur-karier-dye-kat-chelsea, Shevchenko bile dah masuk Chelsea ni. Semoga dye boleh membawa banyak lagi kemajuan dan kejayaan ke Stamford Bridge.

Pehal aku perati cam Michael Ballack je ek, mamat yang nampak muke tu?? Hmm..ade hidden agenda ni

Ekceli, Torres ni dah lama nak keluar Liverpool..dari pertengahan tahun lepas lagi dah. Dan sekarang dye dah dapat peluang, ape lagi cabut je la kan. Ramai plak fans Liverpool yang tak puas hati dengan Torres. Cakap Torres tak setia kpd kelab dan peminat la sampai siap bakar-bakar lagi jersey Torres. Agak-agak la kan.. Torres sendiri pun cakap yang dye nak pergi lagi jauh dalam karier dye, nak menang mende lain plak. Lagipun dye dah 26 & tak menang pape pon sejak masuk Liverpool. Dengan keadaan Liverpool yang terumbang-ambing skrg ni & tak kompem pon boleh main dlm Champions League season depan, tak salah aku rasa kalau Torres nak masuk Chelsea yang agak terjamin la sikit compare to Liverpool. And Torres pon dah buat tugas dye dengan agak baik kat Liverpool. Gol pun banyak.. Nak expect apa lagi dari Torres kan sampai bakar jersey la plak.. Bukan dye sain kontrak seumur hidup dengan Liverpool pun.. Komen bawah ni aku amik dari Daily Mail, ada relevannya kat situ..

"As a neutral I just wonder why fans really get so sulky when a player leaves their club. He never signed a lifetime contract on arrival. In this particular case, Fernando is Spanish(no historical or lineage link with and English club), he only got a job like any other professionals, he felt not fulfilled at his job and looked for another job. Another employer needed his skills and offered to employ him and even giving £50m to his current club. So tell me what is there to lose? For instance I don't know if anyone should even be surprised if Anelka or Robbie Keane leaves a club, they are amongst the most travelled and all players can leave a club when they feel like as long as there was no clause in their contract tying them to the club for a lifetime. Real football followers remember Eduardo, he got seriously injured playing for Arsenal and never made a full recovery so decided to go to the Ukraine, he came back to the Emirates and they booed him. Shocking.



Tapi *ada tapi*  aku boleh faham la nape diorang wat camtu.. Torres kiranya dah jadi cam idola kat Anfield tu, orang beli jersey dye la..tup tap dah nak pindah la plak. Dengan Torres yang request nak tukar saat-saat akhir plak, sape x bengang kan? Liverpool nak cari pengganti kat mane beb..? Safee Sali?? *tak pasal2..* Liverpool sekarang ni pon dah ada pengganti Torres yakni Luis Suarez dan Andy Carroll. Mamat Suarez tu pon bukan calang-calang player. Kalau aku la jadi defender, aku bagi je Suarez ni lalu siap cakap lagi "Ehe, silakan.. silakan.." Main bukan main ganas, kalah Tevez. Tak pun aku takut dye silap haribulan gigit telinga aku plak nanti kalau aku tak bagi lepas. Citer betol ni beb, dye gigit telinga orang sampai kene ban bape match ntah.. Gila ganas.. Yang si Carroll ni plak bukan maen mahal Liverpool beli.. Tak ingat neraka beli 35 juta. Ntah kompem ntah tak boleh gantikan tempat Torres..

Ni lagi sorang player baru Chelsea, David Luiz. Dengar citer cambez je mamat ni. Kena la include dye skali.. Kang kecik ati plak nangis kat korner bilik sensorang cakap aku duk sibuk cakap pasal Torres je..
*mati2 aku ingat ni senior aku tyme kolej dulu, Kumeyl. Haha..rilex bro, gurau kasar cket je..sori*

Papepun hujung minngu ni sure gempak. Mane tak nye, Torres akan pakai jersey biru no 9 Chelsea buat pertama kalinya dan akan menentang sape lagi kalau bukan.....*drum roll sikit.sikit je jgn lebih2..* LIVERPOOL !!

p/s: heharap kengkawan kite yg belajar kt Mesir tu selamat.sama2 la doa.. "adik" aku ade kat sane beb..