Saturday, August 14, 2010

Hibernasi Tahap Cipan

Salam sume..
Giler lama x update blog aku ni. Dah berlumut aku tengok.. Sekarang pun aku cm dh ilang mood nak tulis semule. Bayangkan dh hampir 3 bulan aku tak post apa-apa. Rekod jugak la ni. Haha..

Skrg pun aku malas gak nak update sebenarnye bile terkenangkan wifi uitm yang agak..agak..uhh sedih plak nak cakap. Pape pun, aku nak tunggu duit PTPTN masuk dulu la. Beli berukband lagi senang. (p/s: kn senang klu skrg masih bwh tggungan JPA.haha..stupid me)

Lain kali je la aku update yang betul-betul punye. Banyak mende nak update sebenarnye, U baru, kawan2 yang dh fly & etc. Laen kali je la. Mungkin bile dah beli broadband nanti kot. Ni pun sesaje melepaskan rindu kat blog ni. Hmm..bersarang lagi la blog ni nampaknye.haha..

Sempena bulan puasa ni, aku mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam. Pose jangan tak pose.

Sunday, May 16, 2010

Thanks a Lot Chelsea...


... for the best birthday present ever. At least, takde la sedih sangat sebab dah jadi orang tua. Haha.. Pejam celik, pejam celik..rupa-rupanya dah 20 tahun dua hari lepas. Yeay..!! Selebret sensorang je sambil ditemani kepala yang sakit cam nak pecah ni.. Adeih.. Time kasih kepada yg wish.. Hmm..sekejap je masa berlalu. Ape la yang aku dah buat sepanjang 20 tahun ni ek? Takde pape yang significant pon. Tapi yang paling aku ingat ialah bile dibuang dari kolej awal tahun ni. Sengal tul la aku ni. Haha.. Btw, kena la bersyukur kepada Allah sebab masih lagi diberikan nyawa. Kalau ditakdirkan Allah nak cabut nyawa ni, mana mungkin aku boleh bernafas lagi cam sekarang ni. Mana mungkin aku boleh menaip entry ni. Tak mungkin aku boleh saksikan Chelsea menang EPL & FA Cup (nak jugak masuk..). All in all, congratz to Chelsea for winning the FA Cup. Our third in 4 years. And, our first Double.

Keeps the Blue flags flying high !!

Hari ni 16hb Mei. Selamat Hari Guru kpd cikgu-cikgi yang pernah mengajar aku start dari Tadika Kota Gelanggi 1, SK Temin, SBPI Temerloh, Matrik Penang, dan INTI College. Segala jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku. Cewahh..cam ayat dalam kad hari guru la pulak..

Monday, May 10, 2010

Korang Mesti Tau Kenapa Tetiba Aku Buat Post Ni...

 

Nak masuk bilik air jap. Nak menjerit kuat-kuat malam ni. YAHOOO!!! CHELSEA JUARAAAA!!! Sambil jerit, ambik spanar ketuk-ketuk sinki kasi pecah. Okay, dah siap. Haha.. Tipu je. Nak mati kena terajang ngan abang aku sampai mati ke hape wat keje tak berpekdah camtu?

Pergh.. Bangga beb. Gembira apatah lagi. Nak nangis pon ada. Macam-macam yang boleh rasa sekarang ni. Mesti abang aku pelik tengok aku senyum cam orang gila tadi. Haha.. Tak boleh nak tahan senyum. Dekat sejam gak la ekspresi muka yang sama je, start dari wisel panamat tadi sampai boleh cramp muka. Kan best kalau ada kat Stamford Bridge tyme tu. Haha..berangan je la..

Setelah 3 tahun kebulur, akhirnya dapat merasa balik EPL or BPL or wateva la, piala sama je. Finale yang bagi aku sungguh fantastik season ni, 8-0. Aku rasa memang layak la Chelsea yang menang season ni. Kalau dah skor melampau-lampau camni takkan dapat naib juara je kan. Overall gol yang disumbat untuk season ni je pon 103. Bukan senang. Kepada MU cube lagi season depan & kepada Arsenal beli la pemain tua cket. Liverpool? Eh, Liverpool ade ek main dalam liga season ni? Haha.. Entah kenapa, tapi aku rasa Liverpool cam tak wujud je season ni.

Tahniah kepada hero-hero Chelsea esp. kapten John Terry & tak lupa juga kepada our manager, Carlo Ancelotti. Minggu depan sapu FA Cup plak. Season depan harap-harap menang Champions League. Hehe.. So, disebabkan bukan selalu menang EPL ni, mari la sama-sama selebret. Season depan tak tentu menang lagi. (aku rasa season depan x menang dah kot..huhu)

Di kesempatan ni, aku tujukan lagu ni buat fans Chelsea seluruh dunia (macam la diorang baca..). Meh nyanyi ramai-ramai.


Blue is the Colour

chorus
Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
Cheer us on through the sun and rain,
'Cause Chelsea.. Chelsea is our name

Here at the Bridge whether rain or fine
We can shine all the time
Home or away, come and see us play
You're welcome any day

(chorus)

Come to the shed and we'll welcome you
Wear your blue and see us through
Sing loud and clear until the game is done
Sing Chelsea everyone

(chorus)2x


Boleh la fans Chelsea tido dengan mulut tersenyum cam orang mati dalam iman malam ni. Haha.. Tapi aku ingat malam ni malas la nak tido. Nak berjaga sambil tersenyum macam orang gila sampai subuh esok. Okeh, start sekarang..!  :)

Oh ye, selamat hari ibu kepada mak aku & ibu-ibu di seluruh dunia. Moga pengorbana & jasa mereka dibalas dengan balasan yang setimpal. Cheers. Orait, start senyum balik..!  :)
 

Thursday, March 4, 2010

Post Membosankan Yang Ke-103

 
Aargh..tak boleh tido!!!

Ni la yang jadi bila suka sangat tido time siang. Bile malam je dh takde selera nak tido. Terseksa sungguh rasa hidup bila tak dapat tido malam ni. Macam-macam posisi dah try. Terlentang, mengiring, kuak kupu-kupu. Semua tak jadi. Tak nak jugak tido. Nak tak nak terpaksa la berjaga jugak. Aku ingat malam ni nak tido 2-3 jam sebelum match bola pagi ni. Tapi apakan daya, mata tak nak gak pejam. Dah pejam pon still tak boleh tido.

Or mungkin terlalu banyak yang aku fikirkan sampai tak boleh nak tido. Currently, aku asyik terfikirkan pasal sorang budak ni. Pompuan. Aku rasa tiap malam kot aku asyik fikirkan pasal dye. Ntah la.. Rasa macam ada unfinished bussiness je ngan dye. Memang ada pon aku rasa. Err..tapi cam malas la pulak nak citer kat sini.

***



Forget 'bout that. So, aku pun bangun la. Bukak laptop. Maen Guitar Hero jap. Haha.. Sungguh takde keje bangun tido terus maen guitar hero. Tapi berdasarkan apa yang aku maen tadi, aku tengok jari aku lagi cekap kontrol kibod lepas bangun dari 'tido'. Abes satu lagu, aku tutup. Layan internet jap. Bukak blog. Sign in. Gie kt list of post. Nampak cam dah banyak je post aku buat. Setelah kira-kira baru la aku sedar yang aku dh tulis lebih seratus post. Post sekarang ni yang ke-103. Demm..aku tak sedar. Ye la, selalu orang mesti akan cakap camni, "post ni adlh post yg ke 100" & yang sewaktu dengannya. Aku pulak tak berpeluang cakap camtu sebab dah terlepas. Ciss.. Papepon, rajin jugak aku ni ek..*sambil tepuk2 bahu sendiri   Sebab aku mula-mula buat blog ni pon atas dasar bosan je.. Tak sangka la pulak yang aku ni memang sungguh 'membosankan'. Haha..
  
p/s: ugh, nak dekat start match ni la baru rasa ngantuk...
  

Thursday, February 25, 2010

Malam Yang Panjang Buat Seorang Vampire

 

Aku tertarik bile terbaca satu artikel ni. Dalam artikel tu ade tulis yang seorang atlet ni menguap sebelum acara dye dipertandingkan kt Olimpik. Bagi aku, apa yang pelik sampai boleh jadi berita? Aku & korang2 pon penah gak menguap especially dalam kelas time cikgu mengajar, x penah pulak masuk berita. Jangan kata FOX News nak ambik tau, majalah Kuntum pon belum tentu berminat. Emm..

*Ek elah mamat ni..dh la cuti lama giler.. Blog pulak bukan main malas nak update.. Dah la x bagi salam dulu, tetibe je masuk.. Kene ke? Assalamualaikum semua.. Err.. Hai..  Hehe.. Lama gile kan x berupdate.. Aku bukannya apa, busy la duk rumah ni. Haha..

Oh ye, berbalik kepada citer kat atas tu.. Aku pon kadang-kadang selalu gak menguap tiap2 kali sebelum match penting dsb.. *x pelik konon..hehe  Reason aku sebab dengan menguap aku dapat menenangkan diri & supaya nampak cool depan orang ramai sbb nanti mesti orang akan cakap "Weyh, budak ni siap bole menguap lagi time2 match penting camni.. Mesti hebat ni.. "
Btol tak? Cool kan.. Haha.. Takde lah.. Sebenarnye aku memang prefer tido dulu sebelum ada apa2 yang penting cam ada match bola ke, interview ke.. Tido sekejap je.. Orang2 kampung kata take a nap.. Tido, bagi aku la, dapat mengembalikan kesegaran badan aku & menstabilkan otak aku. Sebab biasenye aku akan nervous giler babeng sebelum ada mende2 penting ni. So at least tido dapat mengembalikan tahap ketidaknervousan aku. Kdg2 sebelum sembahyang pon aku suke tido gak sebab bile bangun aku takkan pikir mende lain dh & membantu untuk lebih khusyuk.. Cewahh..

Dah.. Cukup2 la tu merepek!! (but seriously..)

Mesti korg terwonder2 kn, ape yg aku duk buat selepas didumpkn oleh JPA? Ye, tepat sekali.. Dah duduk kat rumah, ofkoz la tido je keje aku. Haha.. Tapi aku sekarang ni dah tukar rutin harian aku. Aku tido tak ingat dunia time siang.. Malam pulak baru la aku berjaga.

Aku ade satu rahsia. Dulu aku x pernah bagi tau sesape tapi sekarang akan dedahkan one of my biggest secret here. Sebenarnya aku.. Sebenarnya aku adalah VAMPIRE !! Sbb tu la aku tido tyme siang je.. Nanti aku terbakar beb kalau kena cahaya matahari, unless aku ada cincin tu. Tapi tertinggal pulak kt INTI. Aduyai.. Terpaksa la jadi anak dara duk kt umah je.. Haha..aku tipu je.. (bengong ape..sape la nk caye?)
Aku ekceli tengah sangap tengok citer The Vampire Diaries. Huhu.. Dulu Fatah ckp Nami tak habis2 dengan dye punye vampire.. Bangun pagi je terus vampire. So aku cam pelik la kan.. Camne Nami yang aku consider brutal ni boleh sangkut kt citer camni. So aku pon give it a try. Bez la pulak.. Mula2 ingat nak tengok 1st episode je, alih2 sampai berbelas2 pulak tertengok. Haha.. Cuma aku rasa citer ni cam laju giler. Macam semua benda nak sumbat dalam 1st season. Chill la dulu.. Walaupun begitu, *skema tetibe citer ni agak bez la.. Pompuan x abes2 tergila2kan Edward Cullen, bosan la dengar.. Stefan Salvatore aku rasa lgi bez.. Haha.. Tak caye, tanya Nami..

Dah la ngarut.. Nak tengok TV.. Champions League..

p/s: sebenarnye aku x tido malam sebab internet aku laju time tu..haha
 

Tuesday, February 2, 2010

Fly..


Bye bebudak INTI semua. Di hari yg mulia ini, aku menghimpun 10 jari tangan, 10 jari kaki memohon maaf klu ade wat salah silap. Harap dapat diampun. Mak aih, dh mcm raye la pulak.. Mintak halal jugak kalau ade ter'ambik' duit ke, ter'pinjam' sabun ke, ter'mengumpat' ke & banyak lagi ter. Terima kasih atas semua pertolongan, sokongan & dorongan korang yg x berbelah bagi. *skema gile, SPM pon xde la cm ni.. Aku xkn lupekn korg semua. Doakan kejayaan aku kt sana nanti. *ek eleh, fly gie rumah je pon.. Papepon, selamat berjaya dlm apa jua bidang, field or pape je la yg korg ambik. Blaja rerajin. Assalamualaikum. My katil, wait 4 me! :)
 

Tuesday, January 26, 2010

Of Chillin' & Serangan Lelaki Berspender

 
Aku sometimes x percaya ape yg org ckp or citer kt aku. By ckp or citer i mean, gosip and khabar2 angin. Sebolehnye aku xkn percaya unless aku nampak dgn mata kepala aku sendiri. Bile dh nampak, baru la aku boleh terima apa yang diceritakan or digembar-gemburkan tu. *gembar-gembur? pehal skema semacam pulak ayat ni?

***


"Chill jom! " Kt INTI, tu la ayat yg tgh feymes skrg ni. Ia boleh gak diumpamakan spt, "woi, jom lepak " or "rilex la dulu, beb." Kejap2 chill. So, semalam Adhwa & Apek ajak aku chill kt kedai burger. Dlm konteks ni, chill membawa maksud jom lepak2 makan2 kt kedai burger. So, kami bertiga sama2 ngan Mang pon bertolak la ke kedai burger. *pergh, bertolak! ingt ade rombongan sekolah ke ape?

Tapi kali ni bukan nye aku nk citer ttg aktiviti chilling kitorg kt kedai burger tu tapi ttg satu citer yg kebetulan diceritakn sewaktu chillingan tersebut. Tgh syok menunggu burger, Mang dgn tidak semena-mena bersuara.

"Blok kite dh kene serangan lelaki berspender, dowh.. " kata Mang dgn riak muka sedih & penuh kesal.

Aku pon dgn tidak tahu ape2, macam biasa, angguk2 je la. Respon biase bile aku xtau ape yg org tgh ckp & tetibe aku kene soal. Lebih kurang cm layan je la. Sori, Mang. Huahaha.. So, berbekalkn sikap ingin tahu yg tinggi seorang remaja cm aku ni, aku pon balik la ke bilik dgn hati yg penuh tanda tanya. Aku tido malam tu dgn perasaan penuh curious. Lelaki berspender? Apekah?

So, pagi ni aku bgun cm biasa. Disebabkn aku xde kelas pagi ni (& pagi2 yg laen gak.haha..), aku decide nk gie Mid nk beli buku. Kedengaran sgguh murni hasratku kali ni. Wakaka.. Masuk bakul, angkat bakul btol.. Aku pon gie la mandi. Siap mandi aku pon balik semula ke bilik. Dlm journey aku ke bilik aku, aku ternampak sesuatu yg berpotensi membantutkn selera makan aku selama seminggu. Lelaki berspender ! Tapi yg aku nampak bukan sorang tapi segerombolan lelaki2 berspender. What the what.. Mereka pegi mandi secara berjemaah mcm org laki nk gie smbhyang Jumaat. Tapi hanya memakai... (korg tau aku nk tulis ape). Saat tu, aku berfikir, adakah aku bermimpi di siang hari. Tidak rupenye. Oh my eyes, I'm blind!! Nampaknya mitos serangan lelaki berspender yg diceritakan oleh Mang tu ada benarnya. Demm..


Geng diorg kot..

Korang caye x ape yg aku cakapkn ni? Klu x caye, datanglah ke blok A ni. 'Chill' jap kt blok A ni. Mgkin korg percaya bile korg tgk dgn mata kepala korg sndiri. Tp nnti jgn la dtg ramai2 pastu duduk bersila depan tndas kt floor aku ni semata2 nk tgk diorg. Haha..

Thursday, January 21, 2010

Interview JPA


Aku tertarik utk buat entry ttg interview JPA slps t`baca entry kt blog Oh! Malaysia ni. Tapi aku akan citer ttg tajuk2 common yg d`tanya tyme interview tu nnti. So, kpd sesape yg baru je abes SPM & tgh syok 'mengabehkan boreh' kt rumah tu, sile amek perhatian. Kpd korg2 yg plan nk apply biasiswa JPA utk ke luar negara je la..biasiswa laen aku xtau sgt..

Citer kali ni simple je. Korg baru je lps SPM. Skrg korg duduk kt rumah. Tiap2 hari korg makan, tido, makan, tido. Disebabkn rutin harian yg sama, korg memutuskn utk 'up' cket xtvt harian korg dgn m`surf internet. Tetibe korg t`ingat la pulak yg korg x decide lgi nk gie mana or ambik apa. Tapi yg paling basic, korg kene try dapatkn biasiswa. Yg paling feymes kt Mesia, JPA & MARA. Pening plak kt situ, nk pilih yg mana. So, korg apply la JPA sbb cambez je kn nama dye. Nak sebut pon senang sbb ada 3 huruf je.

X lama lepas tu, korg dpt notis dari JPA (cek kt internet) utk gie interview. Kt mana? Itu korg boleh tentukn sndiri tyme isi borang online yg korg apply dulu2 tu (klu x clap la..). So, pada hari & wktu yg telah d`tentukn, korg d`kehendaki berada di tmpat & masa tersebut. Katakanlah korg terlepas interview sbb tyme tu nenek korg ada mjlis kahwin. Apa korg buat? Mesti korg nangis kn? Aku dh tau.. Tapi rilex, jgn gelabah x tentu pasal. Sbb korg akn dipanggil pulak wat kali ke 2. Kali ni mgkin dibuat di Putrajaya (m`ikut xprience aku).

So, x kisah la samada korg hadiri interview kt tmpt yg korg pilih or kt Putrajaya. Yg penting, datang je. Nk dtg interview pulak, bukan pakai macam nk pegi pasar malam. Pakai kene smart2. Laki pakai la cm org nk gie ofis & pompuan b`baju kurung. Or pape je la pakaian yg dirasakan sesuai. Jgn pakai 3 quarter ngan selipar jepun sudah.

Korg mesti tertanya2, topik or tajuk apa yg akan ditanya nnti kn? Apakah hobi anda di masa lapang? Pada pendapat anda, wajarkah Aizat menang AJL baru2 ni? Benarkah Pipiyapong kazen kandung Tasnim? Sailor Jupiter & Sailor Mass, siapa lagi anda minat? Adakah soalan2 seperti itu yg akan ditanya? Tidak2.. Salah sama sekali tekaan anda..

So, ni list topik yg aku dpt ntah dari mana aku pon x ingat. Yg pasti aku cari kt internet (tahun 2008). Bukan rekaan sendiri.

1. Why is education important to you?
2. How to be a better/good Malaysian abroad?
3. Vision 2020 / What is Vision 2020 to you? What are the challenges in reaching Vision 2020? / Bagaimanakah kursus yang anda pilih akan menyumbang kepada Visi 2020?
4. Apakah ciri-ciri yang perlu anda ada untuk memperolehi keputusan cemerlang?
5. Talk about Oil Prices.
6. Major achievements of Malaysia in the past 50 years.
7. What film you like most and why?
8. Dewan Rakyat.
9. Why do you want to study abroad and not in Malaysia?


Interview ni dijalankan secara berkumpulan. Tyme aku kt Putrajaya, 6 kepala dlm 1 kump & 2 interviewer. 1st skali korg dikehendaki introduce diri masing2 - nama, sekolah, result SPM dsb. Then kumpulan korg akan diberi salah satu dari topik di atas & setiap seorang diberi masa 4 - 5 mnt utk bagi respon/answer. Korg mgkin boleh menambah info2 or protes tyme org laen bagi answer. Korg juga mgkin akan ditanya ke negara manakah  you`re willing to go? Selepas habis semua org beri respon, interview pon abes. Sng je kn. Tapi akan ada la soalan yg ditanya dlm BM & BI.

So, be prepare. Mcm aku, aku cume prepare abes-abesan utk soalan 1 & nasib baek soalan tu yg ditanya. Lega beb.. Klu boleh try la prepare utk semua soalan. Lagi penting, korang tau apa yg nk dicakap tyme interview & be cool but confident. Ada kemungkinan soalan2 di atas diubah sket (i.e soalan 5) tp x kn lari mana pon soalan dia. Knowledge ttg isu2 semasa juga penting. Papepon, cube la prepare utk soalan yg di atas tu dulu.

Dan jangan lupa utk bawak sekali benda alah2 ni (letak dlm clear holder ikut turutan):

i) I/C
ii) Slip SPM
iii) Surat beranak
iv) Surat beranak parents
v) Sijil berhenti sekolah
vi) Sijil kewarganegaraan parents (bg yg berkaitan)
vii) Kad pesara / slip gaji ibu bapaviii) Sijil kegiatan kokurikulum bg Form 4 & 5 shj
ix) Sijil bahasa asing (jika ada)
x) Borang pengesahan pendapatan keluarga
xi) Borang pengesahan Kehadiran Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor (bg pljar yg nk amik medic)



Harap2 dpt membantu sedikit sebanyak.. Laen2 info cm course ape yg korg nk amek or pape je la lgi, boleh la tgk kt blog Oh! Malaysia ni..

p/s: cm x caye je aku tolong org..ntah ape mimpi aku pon aku xtau.haha
 

Monday, January 18, 2010

Request Granted


Yesss !! One more step to go. J, wait for my call. Hope they can accepted this very request. H, wait for me. Hehe..
Stupid me.
Who care? It`s my future.
 

Sunday, January 17, 2010

Blog Ni Bez..

'Cube try test' lawat blog ni:


p/s:  thanks to pak din..

Saturday, January 9, 2010

Tag.. Err, Award Kot.. Entah la..

 

1. Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award (award??)

> Dye akak aku. Akak aku dye. Aku akak dye *erk..??
> W/pon dye akak aku, aku pggil dye Dekna
> Kwn rapat aku tyme kecik sbb kitorg suke maen panas same2. *ingt lgi ckgu murad baling kelapa kt kitorg ber2 sbb maen gelongsor smbil wat bising kt tepi umah dye.cis..
> Dye ckp dye gemok. Tp aku rse ok je..
> Last skali, emm.. err.. dye akak aku la kot. Tu yg plg interesting..hehe


2. Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies

> Hobby? Aku xde hobby.. Tp aku suke duduk dpn laptop tanpa buat ape2.. Dlm bahasa yg lbh tepat, m`buang masa.. Ni kot hobi aku. Interesting kn?? Haha..
> Sgt2 pendiam. Bercakap adlh antara perkara yg plg aku benci. So, aku prefer utk msg more than call.
> Bile org tanya, ayat pertama yg biasanya keluar dulu ialah 'entah'. Nape? Ntah, aku pon xtau nape. See..
> Suke tgk movie. Tp sorang2 je..
> X suke subjek yg melibatkn kira2. So, jln penyelesaian yg plg ideal ialah meniru. Achai & Asri byk berjasa dlm sbjek kalkulus. TQ. Haha..
> Aku suke nangis tyme kecik2. Dh besar suke gelak. Tp skrg aku suke diam.
> Penah jadi water boy utk team bola tyme form 5 sbb desperate utk keluar dr sekolah. Haha..
> X suke social-networking site i.e fesbuk, frenster & juge instant messaging cm ym & etc. Sgguh x cool.. Blog dikecualikn..
> The Joker lakonan Heath Ledger adlh my all time feveret 'hero'. Penah beli koko krunch semata2 nk patung tu je. Wakaka
> Suke dgr lagu. tp more prefer dr artis pompuan cm Taylor Swift, Demi Lovato & Hey Monday. Album feveret aku utk 2009 ialah Here We Go Again dr Lovato. Bgi aku, lgi bez dr 21st Century Breakdown. Bgi aku la..


3. Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them. Sile jawab. Sunat muakkad ni. Haha.. N sesape yg xde keje & xde mende nk post, dipersilekn buat gak

> Mang. Dye ada kete. Kete dye ADA. ADA sbnrnye no plat kete dye.
> Jason. Cina plg fasih ckp melayu penah aku jumpe. Bakal muallaf 1 hari nnti. Harap2.. Haha
> Adhwa. Kwn kpd kwn aku kt semsas. Kt sne, dye ade nama gelaran. Nk tau, tanya sndiri.
> Asri. Jiran bilik aku. Sasaran utama aku meniru assingment kalkulus sem lps.
> Apek. Nama sebenar dye Afif. Tp ade gak org pggil dye Harry.
> Redzwan Abdullah. Senior kt skolah menengah. Satu bndar gak
> Tasnim. Junior kt sbpit dulu. Err, skt jugak kn?
> Cecha. Former klasmate, rumahsukanmate.
> Husna. Klasmate gak dulu. Jgn memaen ngn dye sbb dye terer tekwando.
> Sume bdk SAM. Sbb korg duk rumah xde keje..
 

Thursday, January 7, 2010

Pot pet.. Pot pet..


Xde kelas mmg bosan
Tp klu ade kelas plak mls pegi

nothinglook SO GAY thanaguywhojustshaved

 
Demm, nape la aku ...!!
 

Tuesday, January 5, 2010

Aku Rase Laa..

.
Aku seorang yg suke main rasa2. Tapi aku bukan perasan. Aku selalu rasa tentang sesuatu. Aku juge ada perasaan. Sekarang, ni adlh apa yg aku tgh rasa. *ape yg aku ngarut ttg `rasa` ni. Kang x pasal2 mkn pelempang sndiri. Stret tu de poin. Aku rasa taun 2010 ni x bez sbb:



1. X enrol pape subjek lgi. Ade beberapa masalah cket. *sile bace word beberapa dgn tone yg sdkt kuat n berbaur sarkastik. Huhu.. Sbnrnye, ade 1 je mslah tp yg 1 tu la yg plg bermasalah n annoying skali. Tp bez gak klu x enrol lgi sbb 1 mggu ni aku free. or mybe mggu2 lps ni pon akn still free *klu korg paham la ape mksud aku.wakaka


Demm, rindu saat2 ni..

2. Xde bdk SAM kt blok A ni. Siyes bosan nk mmpos. Tyme ptg plak senyap je. Klu x bkn maen riuh lgi dgr suare2 diorg. Dgn bunyi bola disepak ke dinding & bola bsket dibump2 ke lntai smpai penah kene sound ngn makgad lgi. Woit, moh la lepak inti. Kt umah bknnye wat pape pon. Tido je lebey. Baek korg dtg inti n smbg balik tido kt cni. Ekon pon ade. Haha..



3. Dh 20 taun. Dh ade angka 2 kt depan tu mknanye dh tua la tu. Aku ingt lgi aritu sorg kwn tnye, ape yg dye dh buat spjg 20 taun ni?? Aku jwb, hidup. Bile pikir2 balik btol gak. Dh 20 taun dh aku idop kt dunia ni. Agak lama la jugak tu. Ade yg x smpai 20 taun pn dh meninggal. Alhamdulillah masih lgi diberi nkmat nyawa ni. Insaf2.

Kesimpulannye: Aku rase laa...
.

Sunday, January 3, 2010

Bacc 4m Hiberrice

.


.

Ello sume !! Lame dh rsenye x post pape kt cni. Dkt 2 bln xde post baru. Gile malas.. Bole sgt hapdet 2,3 ari lps tp malas punye pasal, x berhapdet la.. Plus, aku tgh berhibernasi.

Haa..skrg dh masuk taun 2010 kn? *pdhal dh 3 hari berlalu.. Bru aku sedar.. Haha.. Wekap2 ! Bkn ape, sbb aku x penah & x berapa minat pon nk selebret ape2 dan taun baru salah satu drpd bende tu. Maal hijrah aritu pon aku rse x tersambut. Krismas jgn citer. Tido. Rutin harian yg same sepanjang taun. Huhu..

Disebabkn kebengapan aku utk ingt taun ni dh masuk 2010, satu kejadian bodoh berlaku tempoh hari. Jumaat lepas. Aku bangun awal pagi tu. Bangun awal... Jarang pekataan ni wujud dlm library idop aku, unless klu ade kelas kul 8 pg. So lps ready dgn baju semat2 n deodoren sume, aku pon pegi la ke destinasi yg ditunggu2 dgn niat hati yg tulus ikhlas lagi murni aku nih *ayat merapu.abaikn.. Pagi tu aku nk ke ofis CAE. Ek eleh, CAE je pon!! Balik2 jumpe dgn Ms Zaleha gak. Tak pon Ms Vasanthi. Aku tau ape korg nk cakap. Act, pagi tu aku nk gie enrol subject. Sesampainye aku kt sne, tgok sekeliling sunyi nk mampos. Mcm ari cuti jek. Ofis plak tutup. Siap mangga lagi. Maybe diorg lmbt cket kot aritu. Mak cik pak cik SBN berTshirt hijau pon x nampak btg idung. Padahal tu ari jumaat. Monteng la tu, pikir aku. Frust sbb xde org lgsg, aku pon balik la bilik. Cek2 kalendar enset, rupe2nye aritu 1 hb. Ampehh.. Patut la ofis tutup. Lupe taun baru punye pasal. Demm.. Maxis pon kedekut nk bagi msg taun baru. Klu x, setiap masa ade je msg peraduan yg dpt hadiah BMW tu. Cm la org nk sgt msuk.

Di kesempatan ni aku nk ucapkn Hepi Belated New Year 2KX kpd sume org. Haha.. Taun baru pon nk gak ade belated2 ni. Asyik2 hari jadi je nk belated kn. Lagipon sume org dh slalu sgt smbut pd 1 hb. So ape salahnye wish lmbt 3 hari kn?? Haha. Alasan..

Azam?? Ape ek azam aku? Seingat aku, x penah pon aku tetapkn azam ble tibe taun baru. X minat. No weight loss, no fly gie oversea or watsoeva cm org laen slalu buat. Xde pape yg spesifik. Cume aku harap taun ni and taun2 akan datang lagi baik dri taun lepas2. Nk jadi lgi rajin gak. Ni (kot..) azam aku. Bukan azam taun baru tapi azam seumur hidup. Haha..

K la, tamat sudeyh post 1st utk taun 2010 ni.
.